Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Popia Otak-Otak Tuna Untuk Minum Petang, Guna Ikan Dalam Tin Pun Tetap Sedap

Cara Buat Popia Otak-Otak Tuna Untuk Minum Petang, Guna Ikan Dalam Tin Pun Tetap Sedap

Kategori: ,
POPIA OTAK-OTAK TUNA

Otak-otak merupakan salah satu hidangan yang sangat terkenal di negeri Pantai Timur, terutamanya negeri Terengganu. Ia merupakan isi ikan yang telah dikisar dan dicampurkan dengan rempah kemudian dibakar dengan dapur arang. Namun kini, ia telah diubah suai dan dijadikan popia otak-otak.

Namun ramai yang menyangka penyediaan popia otak-otak ini sukar. Tak juga. Anda boleh menyediakannya dengan mudah dengan menggunakan ikan tuna dalam tin yang mudah didapati di pasaraya. Ini resepi popia otak-otak tuna yang telah dikongsikan oleh Eka Zahra di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Resepi Popia Otak-Otak Tuna Untuk Minum Petang

Bahan-Bahan

  • 1 tin Tuna in Water (buang airnya, kemudian ditumbuk hancur)
  • 1 sudu makan santan pekat
  • 1 biji telur ayam (dipukul sedikit)
  • 2 sudu makan tepung ubi kayu
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Kulit popia

Bahan Kisar

  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai bahagian putih sahaja
  • 1 sudu teh rempah kari ikan
  • 2 sudu makan cili kisar (ikut tahap kepedasan)

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing. Tutup api dan biarkan sejuk.
  2. Campurkan tuna, bahan tumis, santan, tepung ubi kayu, telur, garam, gula, dan serbuk perasa. Gaul sehingga sebati.
  3. Ambil sekeping kulit popia. Kemudian, sudukan inti dan lipat (rujuk gambar). Oleh bahagian hujung dengan bancuhan tepung gandum dan air sebagai pelekat. POPIA OTAK-OTAK TUNA
  4. Goreng popia hingga garing keperangan. Angkat dan toskan atas tisu dapur.
  5. Popia otak-otak tuna siap dihidang. POPIA OTAK-OTAK TUNA POPIA OTAK-OTAK TUNA

Mudah sangat nak buat popia otak-otak tuna ini, kan? Walaupun menggunakan ikan tuna dari tin, ia tetap sedap dan sesuai dinikmati untuk minum petang. Tanpa sos pun ia tetap sedap dan menyelerakan.

Selamat mencuba.

Kredit: Eka Zahra di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Kedai Nasi Ayam Penyet Tak Sediakan Kicap Pada Pelanggan, Lelaki Ini Terpaksa Cari Cara Lain

tags: | |