Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Kerabu Pisang Muda, Hidangan Kampung ‘Rare’ Yang Menjadi Kegemaran Ramai

Ini Resepi Kerabu Pisang Muda, Hidangan Kampung ‘Rare’ Yang Menjadi Kegemaran Ramai

Kategori: ,
KERABU PISANG MUDA

Ramai yang sangka bahawa buah pisang ini hanya sesuai dijadikan pencuci mulut atau makanan diet memandangkan ia mempunyai rasa yang sedikit manis semula jadi bila dimasak. Namun pisang muda juga sesuai dimasak pelbagai cara memandangkan ia tidak terlalu manis.

Untuk anda yang ingin cuba, ini resepi kerabu pisang muda yang menjadi hidangan kampung sejak dahulu. Susah ditemui di mana-mana kedai makan, ikuti resepi mudah yang telah dikongsikan oleh NonaEmas Nonagold. Ringkas sahaja caranya.

Cara Buat Kerabu Pisang Muda, Hidangan Kampung ‘Rare’ Tapi Sedap

Bahan-Bahan

  • 7 biji pisang muda
  • 12 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • Satu sudu kecil lada hitam (dikisar)
  • Ikan bakar atau rebus (dikisar)
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto (ikut suka nak letak atau tidak)
  • Jus limau nipis
  • Cili api (ikut citarasa)
  • 2 cawan santan pekat KERABU PISANG MUDA

Cara Penyediaan

  1. Pisang muda dihiris nipis dan direndam dengan air garam selama satu jam.
  2. Setelah satu jam, celurkan pisang tadi sehingga lembut dan ketepikan.
  3. Masak santan bersama bahan kisar, biar mendidih, masukkan pisang yang siap dicelur tadi, diikuti garam dan gula, ajinomoto terserah pada anda nak letak atau tidak.
  4. Gaul sehingga sebati dan matikan api. Perah sedikit jus limau nipis dan gaul.
  5. Kalau anda suka pedas, boleh letakkan beberapa hirisan cili api. KERABU PISANG MUDA

KERABU PISANG MUDA

Bagi anda yang ingin menikmati kerabu yang ‘rare’, perlu cuba resepi kerabu pisang muda ini. Sedap pun sedap, ringkas pun ringkas. Tapi pastikan anda menggunakan pisang muda tau. Nanti takut tak sesuai pula kalau menggunakan pisang lain.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: NonaEmas Nonagold via Masak Apa Hari Ini

Baca Juga: Cara Buat Sambal Telur Hancur Yang Sedap, Ada Tipsnya Untuk Bagi Garing. Sesuai Untuk Sahur!

tags: | |