Malaysia sudah terkenal dengan aneka laksa. Sedap dan ringkas, ia sangat enak dinikmati pada bila-bila masa. Sempena bulan Ramadan ini, ia juga sangat sesuai dijadikan juadah berbuka puasa.
Jika anda ingin mencuba pilihan laksa baharu untuk berbuka, cubalah resepi Laksa Siam yang telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mudah dan ringkas sahaja, yang penting sedap.
Resepi Laksa Siam, Simple Dan Sesuai Untuk Dijadikan Menu Berbuka Puasa
Bahan
- 1 hingga 2 kg laksa halus
Bahan Kuah
- 1 kg ikan selayang yang telah direbus dan dikisar
- 5 hingga 6 ulas bawang merah**
- 4 ulas bawang putih**
- 10 biji cili padi merah atau hijau
- 4 biji lada kering**
- 2 cawan santan pekat
- Sedikit air
- 1 inci lengkuas**
- 1 inci kunyit hidup**
- 1 inci halia**
- 2 batang serai
- Sedikit belacan
- 2 hingga 3 helai daun limau purut
- 2 hingga 3 helai daun selasih
- Asam keping
- Garam
- Gula
- Perasa
- Buah terung hijau
- 2 tangkai daun selasih
- 1/3 ekor ayam dipotong kecil
Bahan Ulaman
- Timun batang
- Daun selasih
- Ulam raja
- Bayam brazil
Cara Penyediaan
- Kisarkan bahan-bahan bertanda ** sehingga lumat. Masak santan sampai naik wap dan masukkan bahan blend dan juga ikan yang telah dimesin lumat.
- Masukkan ayam, masak sampai ayam empuk. Masukkan asam keping. Kuah hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
- Masukkan terung. Kalau guna terung ulam mesti dibelah dua. Kalau terung pipit, letakkan sebiji-biji, daun limau purut dan setangkai daun selasih.
- Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sehingga kuah mendidih dan secukup rasa masam-masam manis pedas. Siap untuk dihidang.
Ringkas sahaja resepi Laksa Siam ini, kan? Bagi anda yang sangat menggemari laksa dan ingin mencuba resepi laksa yang baharu, cubalah sekarang. Dijamin akan berpuas hati dan keluarga sudah tentu akan sentiasa menambahnya.
Selamat mencuba!
Kredit: Rozmaliza Omar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Resepi Bihun Lada Hitam Yang Sedap & Ringkas Untuk Disediakan, Semua Patut Cuba