Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kehabisan Coleslaw, Pihak KFC Cuba Gantikan Dengan Menu ‘Baru’ Ini Pula. Ramai Tampil Kecewa

Kehabisan Coleslaw, Pihak KFC Cuba Gantikan Dengan Menu ‘Baru’ Ini Pula. Ramai Tampil Kecewa

Kategori:
MENU 'BARU'

Penularan wabak Covid-19 telah menjejaskan ramai pihak. Bukan sahaja peniaga kecil, malah jenama besar dan ternama turut merasai impaknya. Antaranya adalah restoran makanan segera antarabangsa seperti McDonald’s dan KFC yang telah mengalami masalah bekalan produk akhir-akhir ini.

Mempunyai stok makanan yang agak terhad, ia jelas menjejaskan restoran tersebut. Selain memaklumkan hal itu menerusi media sosial dan notis di restoran, pihak restoran turut mencuba alternatif lain bagi memuaskan hati pelanggan dengan menggantikan hidangan yang dipesan dengan yang lain. Namun ada juga yang masih tidak berpuas hati dengan perkara itu.

Menu ‘Baru’ Di KFC Buat Wanita Ini Kecewa

Terbaharu, seorang wanita telah mengunjungi sebuah cawangan KFC yang berdekatan untuk menikmati beberapa hidangan di sana. Memesan beberapa ketul ayam goreng bersama sayur coleslaw, wanita itu mengambil tempat duduknya setelah mendapatkan hidangan yang telah dipesan. MENU 'BARU'

Namun bila ingin menjamu coleslaw, wanita itu terkejut apabila mendapati ianya sangat berbeza dari apa yang dipesan. Memandangkan cawangan KFC itu mengalami kekurangan stok coleslaw, ia telah memaksa mereka menggantikannya dengan menu ‘baru’ iaitu campuran jagung bersama timun. MENU 'BARU'

Wanita itu jelas kecewa dengan perkara itu dan hanya memberi rating yang rendah iaitu lima dari sepuluh bintang. Jelas coleslaw KFC adalah lebih sedap dari hidangan baru itu.

@fieyll10 for me ok la 5/10🥺 #fyp #kuching ♬ original sound – Abe

Menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok itu, orang ramai jelas turut kecewa dengan perkara itu. Rata-rata tidak berpuas hati dengan menu ‘baru’ itu dan merasakan hal itu telah merosakkan selera dan kenikmatan untuk makan di sana. Malah masalah kekurangan produk ini menjadi sesuatu yang sudah lama berlarutan bagi pihak KFC.

“Rosak Mood Nak Makan Kalau Camni..” MENU 'BARU' MENU 'BARU'

Mana-mana pelanggan akan berasa kecewa apabila terjadinya perkara sebegini. Namun pihak KFC sedang mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati pelanggan.

Isu produk makanan yang semakin berkurangan ini jelas memberi impak pada semua pihak jadi harap pihak KFC dapat menyelesaikannya secepat mungkin. Sudah tentu pelanggan amat merindui untuk menikmati hidangan kesukaan mereka seperti dahulu.

Kredit: TikTok fieyll10

Baca Juga: “Bakal Tauke Besar..”, Walaupun Kecil, Gelagat Adik Ini Bantu Di Kedai Makan Tarik Perhatian Orang Ramai

tags: | |