Bila sudah tiba bulan puasa ni mula lah ramai yang garu kepala tak tahu nak masak apa untuk sahur kan? Elok lah anda start plan nak masak apa untuk sahur nanti. Anda tak perlu dah pening kepala sebab Acar Ikan Talang Masin ni memang sesuai dijadikan juadah untuk sahur dan paling penting amat menyelerakan.
Cara nak buat Acar Ikan Talang Masin ni mudah dan senang je. Jadi tunggu apa lagi? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Dengan resepi ini anda boleh buat stock sebulan untuk sahur tak perlu pening dah selepas ini.
Resepi Acar Ikan Talang Masin Pasti Menyelerakan!
Bahan-Bahan:
- Isi ikan talang masin
- Cili kering kisar
- Serbuk kari daging
- Serbuk kunyit
- Biji sawi
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili padi hijau
- Cili padi merah
- Halia
- Cuka
- Minyak
- Garam
- Gula
- Perasa pilihan secukupnya
- Bijan
Bahan kisar:
- 3 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
Cara Penyediaan:
- Potong ikan dalam bentuk dadu dan rendamkan selama 20 minit kemudian panaskan minyak dan goreng dalam anggaran 1 minit.
- Sangaikan bijan buat seketika.
- Panaskan minyak dan masukkan biji sawi kemudian goreng dalam anggaran 1 minit.
- Masukkan bahan kisar dan tumiskan sehingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan serbuk kari dan gaulkan sehingga sebati.
- Masak sehingga pecah minyak sekali lagi.
- Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi.
- Gaulkan sehingga rata kemudian masukkan ikan masin.
- Masukkan garam, gula, perasa dan cuka.
- Adjust rasa ikut cita rasa sendiri tetapi perlu berhati-hati ketika memasukkan garam oleh kerana ikan sudah pun masin.
- Masak dengan api perlahan sehingga sedikit kering.
- Masukkan bijan yang disangai.
Nota Tambahan: Biarkan sehari dahulu supaya rasanya dapat meresap dengan baik dan baru lah boleh menjamu selera. Sesudah sejuk makanan ini boleh disimpan dalam bekas yang kedap udara.
All is done. Mudah sahaja kan nak buat Acar Ikan Talang Masin ini? sudah pasti menyelerakan dan mampu restock juadah setiap kali nak sahur di bulan Ramadan anda tahun ini. Menurut Tinie Razak, dulu dia pernah menyajikan Acar Ikan Talang Masin ini untuk perniagaannya dalam kuantiti yang banyak. Makin lama, makin mendapat sambutan yang baik sehingga dia tidak mampu nak buat. Disebabkan itu dia kongsi resepi ini. Selamat mencuba!
Kredit: Tinie Razak Via MAHN
Baca Juga: Lain Dari Yang Lain, Ini Cara Buat Laksa Siam, Sedap & Simple Sahaja Untuk Dijadikan Hidangan Berbuka Puasa