Apabila tiba bulan puasa pasti setiap hari anda akan menantikan saat-saat keemasan iaitu waktu berbuka puasa. Selain mengunjungi bazar Ramadan untuk membeli juadah, ramai juga antara kita yang menyediakannya sendiri. Memandangkan sekarang ini zaman di hujung jari jadi untuk mencari pelbagai jenis resepi juga mudah.
Malah menerusi Facebook, Instagram dan juga TikTok ramai yang berkongsi pelbagai jenis resepi. Tidak kira sama ada makanan atau minuman. Antara yang turut berkongsi resepi dan setiap tahun akan ada setiap hari resepi pada bulan ramadan iaitu Khairul Aming.
Bagi puasa pertama ini dia telah berkongsi empat resepi air iaitu Air Limau Asam Boi, Susu PIsang Gula Melaka, Fresh Fruit Tea dan Buah Naga Laici. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.
Resepi Air Limau Asam Boi
Bahan-bahan:
- Asam boi
- 5 biji limau kasturi | buang bijinya
- 8 sudu gula
- 1 liter air
- Ais
Cara Penyediaan:
- Kisar kesemua bahan di atas kecuali asam boi. Jangan terlalu lama. Kisar sekejap sahaja.
- Kemudian tapiskan.
- Letakkan ais dalam jug dan masukkan juga asam boi serta limau kasturi
- Tuangkan air yang dikisar tadi.
- Siap untuk dihidangkan.
Resepi Air Susu Pisang Gula Melaka
Bahan-bahan:
- 1/2 kotak susu fresh milk
- 1 biji pisang
- 1-2 keping gula melaka
- Sedikit garam
- 1/2 sudu esen vanilla
- Ais
Cara Penyediaan:
- Lenyekkan pisang.
- Cairkan gula melaka.
- Tuangkan fresh milk ke dalam jug dan masukkan esen vanilla serta garam.
- Kacau sebati dan tuangkan ke dalam gelas berisi ais.
- Masukkan pisang yang dilenyek tadi.
- Siap untuk dihidangkan.
Resepi Fresh Fruit Tea
Bahan-bahan:
- 2 uncang tea
- Oren
- Buah laici
- 1/2 tin air laici (dalam tin)
- Tembikai
- Apel hijau
- Lemon
- 4 sudu gula
- Air secukupnya
- 3 biji limau kasturi
- Ais
Cara Penyediaan:
- Potong buahan yang dipilih.
- Rendam teh dalam air panas, bila dah kembang keluarkan uncang teh tersebut.
- Masukkan gula dan kacau sebati.
- Masukkan pula air laici tin tadi.
- Perahkan limau kasturi, masukkan ais dalam jug dan buahan yang dipotong tadi.
- Tuangkan air teh tadi, siap untuk dihidangkan.
Resepi Air Buah Naga Laici
Bahan-bahan:
- 2 biji buah naga
- 1 tin laici
- Ais
Cara Penyediaan:
- Potong buah naga.
- Masukkan dalam pengisar, tuangkan air laici tin tadi.
- Kisar sehingga sebati.
- Tuangkan dalam jug yang berisi ais. Masukkan buah laici tadi.
- Siap untuk dihidangkan.
@khairulaming Berbuka Day 1 – Limau Asam Boi, Susu Pisang Gula Melaka, Fresh Fruit Tea dan Buah Naga Laici #BukaPuasa #Sahur #ramadanlive
@khairulaming Berbuka Day 1 – Limau Asam Boi, Susu Pisang Gula Melaka, Fresh Fruit Tea dan Buah Naga Laici #BukaPuasa #Sahur #ramadanlive ♬ original sound – Khairulaming
Mudah sahaja kan nak buat Air Limau Asam Boi dan tiga lagi resepi lain ni kan? Pilih je nak buat yang mana satu, semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Yang susu pisang tu nak buat untuk sahur pun sangatlah sesuai. Jadi tunggu apa lagi tu? Tak lama lagi dah nak buka puas, jom buat sekarang.
Kredit: Khairul Aming
Baca juga: Jom Buat Air Milo Cincau Untuk Berbuka, Confirm Menjadi Santapan Yang Paling Diingati!