Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Air Milo Cincau Untuk Berbuka, Confirm Menjadi Santapan Yang Paling Diingati!

Jom Buat Air Milo Cincau Untuk Berbuka, Confirm Menjadi Santapan Yang Paling Diingati!

Kategori: ,
resepi air milo cincau

Air milo cincau kedengaran agak pelik kan? Sebab minuman ini jarang diminum oleh rakyat Malaysia dan sememangnya milo cincau ini kurang dikenali ramai lagi. Tidak seperti air bandung cincau, air soya cincau, air jagung cincau dan air teh cincau yang mana sudah sejak dahulu kala lagi digemari orang ramai.

Walaubagaimanapun, ada seorang TikTok Famous yang berkongsi cara-cara untuk membuat air milo cincau ini. Nak tahu macam mana tahap kesedapannya, bolehlah kita buat untuk berbuka nanti.

Resepi Air Milo Cincau Yang Mudah Dan Sedap!

Bahan-bahan :

  • 4 sudu besar serbuk Milo
  • Sedikit air panas | Untuk bancuhan serbuk milo
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/4 cawan cincau
  • Ais

Cara Penyediaan :

  1. Bancuhkan serbuk milo dengan sedikit air panas.
  2. Masukkan susu pekat manis dan kacau hingga sebati.
  3. Kemudian, penuhkan cawan dengan cincau dan ais yang banyak.
  4. Siap untuk dihidangkan.
@boss.reenResepi air time Ramadhan nanti. Milo Cincau!! Sedap gila weyh. 😍😍 ##milo ##cincau ##tiktokchef ##ramadhan♬ Angkasa – Diandra Arjunaidi

@boss.reen

Resepi air time Ramadhan nanti. Milo Cincau!! Sedap gila weyh. 😍😍 #milo #cincau #tiktokchef #ramadhan

♬ Angkasa – Diandra Arjunaidi

Mudah sahaja kan nak buat Air Milo Cincau ini? Rasanya yang sedap dan dilengkapi pula dengan cincau yang kenyal pasti menjadikan buka puasa anda lebih nikmat dan mengasyikkan. Namun jangan lupa terawih ya!

Selamat mencuba dan selamat berbuka!

Kredit : TikTok Reen Aminuddin

Baca juga : Cara Buat Air Cincau Laici ‘Ketagih’, Memang Sedap Kaw Kaw!

tags: | |