Puding merupakan sejenis hidangan pencuci mulut yang amat digemari ramai. Ringkas sahaja untuk disediakan dan sangat menyejukkan tekak, ia juga menjadi antara juadah pencuci mulut pilihan ketika bulan Ramadan.
Sememangnya anda boleh mendapatkannya di mana-mana gerai kecil di Bazar Ramadan tapi jika anda ingin mencuba sedikit kelainan, anda boleh cuba menyediakan puding green tea cincau ini. Resepinya telah dikongsikan oleh Novelis Affieyza Isahak di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Sangat mudah dan ringkas sahaja.
Puding green tea cincau ini memang teramat mudah untuk disediakan. Sebelum ingin berbuka, anda dah boleh mengeluarkannya dari peti ais untuk dihidangkan. Sangat menyejukkan tekak dan sesuai bagi mereka yang meminati green tea.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Novelis Affieyza Isahak di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Resepi Dadih Homemade Pelbagai Perisa, Tak Perlu Guna Serbuk Segera Pun