Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Ini Alami Luka Teruk Di Kaki Gara-Gara Pintu Oven Yang Meletup Ketika Masak Pizza

Wanita Ini Alami Luka Teruk Di Kaki Gara-Gara Pintu Oven Yang Meletup Ketika Masak Pizza

Kategori:
pintu oven

Bila di dapur, kita akan terdedah dengan pelbagai bahaya. Walaupun pelbagai langkah-langkah berjaga telah diambil bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini, ia akan tetap terjadi tanpa diduga.

Oleh itu sebelum membeli apa jua peralatan dapur, pastikan ia dikeluarkan oleh kilang yang telah diiktiraf dan mempunyai kualiti yang tinggi. Suka membeli secara online dengan harga yang sangat murah, hal itu membuat segelintir pengguna leka sehingga mereka berani membeli peralatan dapur yang murah tapi tidak berkualiti. Lama-kelamaan, ia akan rosak dan mendedahkan pengguna pada situasi berbahaya.

Masak Pizza Tapi Pintu Oven Tiba-Tiba Sahaja Meletup!

Ingin menyediakan beberapa butir pizza untuk dinikmati, seorang wanita dengan gigihnya ke dapur untuk menyediakannya. Setelah doh siap diuli, wanita tersebut meletakkannya dalam pan yang ada untuk dibakar dalam oven yang ada di rumah. pintu oven

Setelah oven itu telah dipanaskan terlebih dahulu, wanita itu memasukkan beberapa pan pizza untuk dimasak. Namun belum lagi siap dibakar sepenuhnya, hal tidak diduga tiba-tiba berlaku di mana pintu oven yang digunakan meletup dan pecah berderai.

Hal itu telah menyebabkan dapur wanita itu dipenuhi dengan serpihan kaca. Malah ia juga telah menyebabkan kakinya luka kerana terkena beberapa serpihan kaca. Roti yang dimasak juga dipenuhi dengan kaca. pintu oven

Sangat berbahaya, wanita itu bagaimanapun berasakan hal itu merupakan dugaan yang sangat menguji dirinya. Namun dia tetap tabah dan bersyukur tiada berlakunya hal yang lebih teruk dari ini.

@aryanaa979

dugaan Allah .. tgh masak roti piza .. pintu oven pecah sendiri 😭😭😭 #fypシ #fyp #sedih #innofoods #masukberanda #pecah

♬ Kepingan Hati – ST12

@aryanaa979 dugaan Allah .. tgh masak roti piza .. pintu oven pecah sendiri 😭😭😭 #fypシ #fyp #sedih #innofoods #masukberanda #pecah ♬ Kepingan Hati – ST12

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai turut berasa terkejut dengan apa yang terjadi. Mereka turut memujuk wanita itu agar tetap sabar menghadapi perkara tersebut.

Ramai Beri Semangat Supaya Terus Kuat pintu oven pintu oven

Perkara yang terjadi bukannya sesuatu yang diminta. Namun seeloknya sebelum membeli apa-apa peralatan dapur, pastikan ia merupakan yang berkualiti. Walaupun banyak pilihan yang murah boleh didapati, belum tentu ianya selamat. Selain itu, anda juga perlu menjaga oven dengan elok agar ia tahan lama dan tidak cepat rosak.

Semoga hal ini dijadikan pengajaran buat kita semua.

Kredit: aryanaa979

Baca Juga: “Rasa Bersalah Kat Akak Tu..”, Kek Tak Kena Dengan Selera Birthday Boy, Kembang Tekak Pula Bila Dimakan

tags: | |