Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kesian Saya Tengok..”, Tunggu Order Sampai Tertidur, Wanita Berasa Sebak Tengok Keadaan Rider Foodpanda

“Kesian Saya Tengok..”, Tunggu Order Sampai Tertidur, Wanita Berasa Sebak Tengok Keadaan Rider Foodpanda

Kategori:
tunggu order sampai tertidur

Mencari rezeki itu bukanlah hal yang mudah. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, orang ramai berlumba-lumba untuk bekerja semata-mata untuk menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

Memandangkan peluang pekerjaan agak terhad, ramai di kalangan anak muda memilih untuk melakukan pekerjaan sebagai seorang rider. Waktu yang fleksibel dan upah yang berpatutan menarikkan mereka melakukan pekerjaan itu. Namun bila bekerja, mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko di jalan raya serta kerenah peniaga dan pelanggan tanpa henti. Hal itu boleh membuatkan mereka berasa sangat penat dari segi fizikal dan mental. Bila melihat, kadang-kadang kita turut berasa kasihan.

Tunggu Order Sampai Tertidur, Sebak Pula Bila Tengok Para Rider

Mengunjungi sebuah restoran, seorang wanita terserempak dengan dua orang rider yang sedang menunggu makanan yang telah dipesan oleh pelanggan untuk dihantar. Duduk berdekatan dengan mereka, wanita itu memerhatikan sahaja mereka dari jauh sambil terdetik rasa kasihan di hatinya. tunggu order sampai tertidur

Mungkin kerana terlalu penat atau penuh dengan masalah, salah seorang rider di situ telah terlelap sambil seorang lagi kelihatan resah ketika sedang melayani handphone. Hal itu membuatnya berasa bersimpati tapi bersyukur dengan rezeki yang ada. tunggu order sampai tertidur

Ketika berasa hidupnya susah, wanita itu sedar ada yang jauh lebih susah dari dirinya di luar sana seperti rider-rider lain yang terpaksa bekerja dalam risiko dan keadaan yang memenatkan.

@marnieduling

Demi sesuap nasi, mudahan abg2 foodpanda ini sentiasa dimurahi rezeki utk beri family makanan seharian🙏🏻🙏🏻

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@marniechristie03Demi sesuap nasi, mudahan abg2 foodpanda ini sentiasa dimurahi rezeki utk beri family makanan seharian🙏🏻🙏🏻♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai turut berasa bersimpati dengan nasib rider-rider di luar sana. Malah ada yang mendoakan agar mereka terus kuat dan sentiasa dimurahkan rezeki.

“Semoga Terus Dimurahkan Rezeki..” tunggu order sampai tertidur tunggu order sampai tertidur

Mencari rezeki pada zaman kini agak mencabar. Kadang-kadang kita semua akan berasa terlalu penat untuk menghadapi semuanya sehingga tertidur. Bila melihat para rider di luar sana, ia boleh membuat kita berasa munasabah diri dan mensyukuri rezeki yang ada.

Semoga para rider berada dalam keadaan yang selamat ketika bertugas.

Kredit: marniechristie03

Baca Juga: “Rasa Bersalah Kat Akak Tu..”, Kek Tak Kena Dengan Selera Birthday Boy, Kembang Tekak Pula Bila Dimakan

tags: |