Sempena Ramadan tahun ini, orang ramai berlumba-lumba untuk ke Bazar Ramadan yang baru dibenarkan beroperasi setelah dua tahun. Pelbagai hidangan dijual di sana, semestinya akan rambang mata bila dilihat.
Antara hidangan yang sering menjadi pilihan adalah ayam percik yang dijual dengan harga yang berpatutan. Namun bila menjualnya, ada peniaga yang leka dan tidak mementingkan kualiti. Tidak dimasak dengan elok, hal itu boleh mengundang rasa tidak berpuas hati di kalangan pelanggan.
Gara-gara teringin untuk menikmati beberapa hidangan di sebuah Bazar Ramadan yang terkenal, seorang wanita sanggup menghadapi jalan raya yang sibuk dengan kenderaan dan hujan lebat semata-mata untuk membeli hidangan berbuka puasa di sana.
(Gambar sekadar hiasan)
Bila di sana, niatnya hanya untuk membeli kerang kerana teringin untuk dimakan tapi memandangkan ada ayam percik yang dijual, dia terus membelinya dari salah seorang peniaga di sana.
(Gambar sekadar hiasan)
Setelah pulang untuk berbuka puasa, wanita itu kecewa apabila mendapati ayam percik yang dibeli oleh peniaga itu didapati terlalu masin. Malah, isinya juga mentah dan tidak dimasak dengan elok, langsung tak sesuai untuk dimakan. Anaknya yang masih kecil tidak mampu menghabiskannya. Rasa sedih pula bila penat-penat pusing Bazar tapi ini pula yang dibeli.
@natasya_ismail Mama teringin kerang….hadap jgk jln jammed + hujan.. akhirnya kecundang#bazarramadan
@natasya_ismail Mama teringin kerang….hadap jgk jln jammed + hujan.. akhirnya kecundang#bazarramadan ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok pula, orang ramai turut berasa kecewa dengan perkara yang menimpa pada wanita itu. Ada juga yang menggesa peniaga di luar sana untuk meniaga dengan lebih jujur dan ikhlas, bukannya mengejar keuntungan semata-mata.
Sebagai seorang pelanggan yang menggeluarkan wang untuk membeli, sudah tentu kita juga akan berasa kecewa bila terjadinya perkara sebegini. Seharusnya di bulan Ramadan ini, kita melakukan amalan, bukannya meniaga secara begini. Tak pasal-pasal kita telah menyebabkan orang berasa tidak berpuas hati dengan diri kita.
Kredit: natasya_ismail