Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jual Ikan Bakar Berempah Tapi Tak Ada Pelanggan Datang Untuk Berbuka Puasa, Akhirnya Peniaga Ini..

Jual Ikan Bakar Berempah Tapi Tak Ada Pelanggan Datang Untuk Berbuka Puasa, Akhirnya Peniaga Ini..

Kategori:
JUAL IKAN BAKAR BEREMPAH

Ramadan kali ini memberi peluang bagi peniaga di luar sana untuk mencari rezeki. Setelah dua tahun tidak dapat menjalankan operasi perniagaan di bulan yang mulia itu, ramai yang melakukan pelbagai persiapan untuk menyambut dan menjual pelbagai hidangan buat pelanggan.

Namun menguruskan sebuah perniagaan kedai makan ini ada cabarannya. Di bulan yang mulia ini, kita juga tidak terlepas dengan ujian dan cabaran. Ada kalanya perniagaan yang diusahakan mendapat sambutan, ada pula sebaliknya.

Jual Ikan Bakar Berempah Tapi Tak Mendapat Sambutan

Terbaharu, seorang lelaki memuat naik sebuah video di laman TikTok dan meluahkan rasa kecewa. Membuka perniagaan kedai makan yang menghidangkan aneka ikan bakar berempah, segala persiapan telah dilakukan bagi menjamu pelanggan yang ingin berbuka puasa di sana. JUAL IKAN BAKAR BEREMPAH

Tapi setelah beberapa jam dan tiada kelibat seorang pun pelanggan yang kelihatan, peniaga itu kecewa tapi akur tiada yang mengunjungi kedainya untuk berbuka puasa. JUAL IKAN BAKAR BEREMPAH

Dari bersedih terlalu pangjang dengan hal itu, dia terus ke dapur untuk menyediakan beberapa hidangan untuk dijadikan hidangan berbuka puasa buat dirinya dan pekerja.

https://www.tiktok.com/@ikanbakardrimba/video/7083094669126536475?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@ikanbakardrimba hidup mesti diteruskan,selamat berpuasa semua😊#kerangbakar #masakanpanas #sotongbakar #ikanbakar #jungleFoodcourt #inderamahkota #berbukapuasa #pahangdarulmakmur #pahang #kuantan ♬ suara asli – rafaaldiansyah

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai jelas bersimpati dengan hal tersebut. Mencari rezeki pada zaman kini bukannya hal yang mudah jadi mereka hanya mampu mendoakan agar peniaga turut terus tabah dan berusaha untuk mencari rezeki yang halal.

“Terus Tabah Ya..” JUAL IKAN BAKAR BEREMPAH JUAL IKAN BAKAR BEREMPAH

Meniaga ini bukanlah hal yang mudah. Kadang-kadang kita akan didatangkan dengan ujian dalam pelbagai rupa. Yang penting kita sentiasa tabah dan terus berusaha, semoga rezeki itu berpihak pada peniaga tersebut nanti.

Kredit: ikanbakardrimba

Baca Juga: Anak Tak Lalu Makan, Wanita Ini Kecewa Bila Terbeli Ayam Percik Mentah & Masin Di Bazar Ramadan

 

tags: | |