Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tu Bini Nombor 2..”, Buat Donut Di Dapur, Gelagat Suami Ini Undang Tawa Orang Ramai

“Tu Bini Nombor 2..”, Buat Donut Di Dapur, Gelagat Suami Ini Undang Tawa Orang Ramai

Kategori:
buat donat di dapur

Ketika berumah tangga, kita tidak akan terlepas dari pelbagai dugaan dan cabaran. Namun disebalik kisah pahitnya, ada juga banyak saat indah yang akan diingati dan dijadikan kenangan manis yang akan dikongsikan pada anak-anak pada masa akan datang.

Bila sudah selesa dengan pasangan masing-masing, sudah tentu kita juga tidak segan bergurau dengan mereka. Menjadi penghibur, gelak tawa dan saat lucu bersama pasangan sudah tentu akan diingati dan menjadi sebuah memori yang tidak akan dilupakan. Bila selalu ketawa dengan pasangan, sudah tentu perkahwinan kita menjadi bahagia.

Suami Buat Donut Di Dapur, Gelagatnya Buat Isteri Terhibur

Terbaharu, seorang pengguna memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagat lucu seorang suami ketika di dapur. Sedang buat donut di dapur, dia menjengah ke sana untuk mengusik suaminya yang sedang sakan menyediakan kuih tersebut. buat donat di dapur

Namun dari jauh, dia mula menyedari sesuatu yang tidak kena apabila melihat kelibat seorang wanita. Menghampirinya, rupanya ‘wanita’ tersebut tak lain tak bukan suaminya yang telah mencuri tudung sarung dan pakaiannya. buat donat di dapur

Tertangkap, suaminya hanya mampu tersenyum sambil menyambung pekerjaannya. Namun tak tahan disoal dan malu bila dirakam, dia terus berlari dengan penuh gediknya untuk menyorok di dalam bilik mereka. Melihat gelagat suaminya, wanita itu hanya mampu ketawa terbahak-bahak.

@mantaroresdongs Bini buat Donut ❌… Suami buat Donut ✅🍩🍩🍩… #fypシ #donutday #donuts🍩 ♬ original sound – Mantaro Resdong’s

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai jelas turut terhibur melihat gelagat pasangan tersebut. Mampu bergurau dan sangat kelakar, sudah tentu mereka merupakan sebuah pasangan yang bahagia.

Netizen Turut Terhibur Dan ‘Cemburu’ Melihat Kebahagiaan Pasangan Itu buat donat di dapur buat donat di dapur

Pasangan yang bahagia adalah pasangan yang mampu bergurau dan gelak ketawa bersama. Semestinya kita juga akan berasa gembira bila dapat hiburkan pasangan masing-masing. Siapa sahaja yang tak mahu pasangan yang pandai menghibur, kan? Mesti hilang stress.

Semoga sentiasa berbahagia.

Kredit: mantaroresdongs

Baca Juga: Jual Ikan Bakar Berempah Tapi Tak Ada Pelanggan Datang Untuk Berbuka Puasa, Akhirnya Peniaga Ini..

tags: | |