Sempena Ramadan tahun ini, kelonggaran telah diberikan dan Bazar Ramadan kini dibenarkan beroperasi setelah dua tahun menyepi. Hal itu membuat orang ramai teruja untuk membeli di sana. Demi mencari rezeki, ramai peniaga membuka gerai untuk meniaga di sana.
Namun di bulan mulia ini, masih ada segelintir peniaga yang tidak amanah dan hanya mengejar keuntungan semata-mata. Mengambil kesempatan pada pengguna, ada juga yang menjual ala kadar. Tak semua peniaga berbuat begitu tapi tak dapat dinafikan sikap dan cara sesetengah peniaga menjual jualan mereka buat ramai pelanggan kecewa. Hal tersebut telah dikongsikan oleh seorang wanita menerusi laman Twitter baru-baru ini.
Terbaharu, seorang wanita meluahkan rasa geram dan kecewa dengan sikap segelintir peniaga yang menjual di Bazar Ramadan pada tahun ini. Hal ini terjadi apabila dia dan keluarganya telah ditipu ketika membeli di sana.
Sampainya hati jual dekat orang yang puasa macam ni.😭
Abah ada beli rangka ayam RM5 dekat bazaar. Bila nak berbuka tu, terkejut tengok dalam rangka tu penuh isi perut ayam. Tak siang ke? Tengokla pedal pun tak cuci. Semata rangka celup tepung. pic.twitter.com/PsZ84aMw5T— syiqahh meow (@sya1qahh) April 5, 2022
Untuk keluarga di rumah, ayah wanita itu telah ke bazar untuk membeli beberapa hidangan. Selain kuih-muih, dia turut membeli rangka ayam untuk dijamu bersama. Namun ketika berbuka dan sebelum ingin makan, mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada ayam itu.
Diperiksa, rupanya rangka ayam itu tidak disiang elok dan masih mempunyai organ dalaman seperti perut dan pedal yang tidak dicuci. Wanita itu turut terkejut dengan kelalaian peniaga itu. Kerugian, mereka tak lalu makan dan hanya menjadikannya santapan buat kucing-kucing dan anjing-anjing yang ada di sekitar rumah.
Merasai seperti dianiaya dan tak mampu bayangkan kekecewaan ibu bapa yang penat seharian bekerja dan ingin membeli makanan buat keluarga tapi ini pula yang didapati.
Masih kecewa, dia turut menasihati peniaga di luar sana agar tidak lalai dan terus mengambil kesempatan. Memandangkan bulan Ramadan ini merupakan bulan yang sangat mulia bagi umat Islam, peniaga Muslim tidak seharusnya memaparkan sikap yang buruk dan meniaga seperti ini.
Tambahnya pula, bukan rangka ayam itu sahaja tapi kuih-muih yang dibeli di Bazar Ramadan tersebut didapati keras dan tidak begitu sedap. Walaupun dia dan keluarganya cuba sebaik mungkin untuk bersangka baik tapi dia agak tersentap apabila peniaga masih lagi sanggup menjual kuih tersebut.
Walaupun ibunya agak risau untuk mengadu tentang hal ini di media sosial, wanita itu tetap berkeras dan tujuannya mengajukan hal ini adalah untuk beri kesedaran bagi peniaga di luar sana untuk lebih berhati-hati dan meniaga dengan lebih elok.
Di bulan Ramadan, seharusnya kita semua berlumba-lumba untuk melakukan amalan tapi amat mengecewakan apabila masih ada peniaga yang tidak amanah dan bertanggungjawab di luar sana. Kebersihan dan kualiti haruslah diutamakan, barulah rezeki yang diperolehi itu berkat.
Kredit: @Phikasuuu
Baca Juga: “Tu Bini Nombor 2..”, Buat Donut Di Dapur, Gelagat Suami Ini Undang Tawa Orang Ramai