Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Payah Buka Bazar La Camni!”, Beli Murtabak ‘Hampeh’, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Peniaga Yang Kedekut

“Tak Payah Buka Bazar La Camni!”, Beli Murtabak ‘Hampeh’, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Peniaga Yang Kedekut

Kategori:
Murtabak 'Hampeh'

Murtabak menjadi hidangan yang sangat digemari untuk berbuka puasa. Sering dijual di Bazar Ramadan, orang ramai akan berebut-rebut untuk mendapatkannya. Oleh kerana permintaannya sangat tinggi di bulan puasa, ramai yang menjualnya.

Kerana murtabak ini sangat popular, ada segelintir peniaga yang akan mengambil kesempatan. Hanya mementingkan untung dan ingin mengurangkan, mereka akan menjualnya sambil lewa dan tidak mementingkan kualiti. Sepatutnya apa yang dijual adalah berbaloi dengan harga yang dibayar pelanggan namun ada yang sebaliknya.

Beli Murtabak ‘Hampeh’ Di Bazar Ramadan, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa

Terbaharu, seorang lelaki memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk meluahkan rasa kecewa dengan sikap seorang peniaga yang sangat kedekut di sebuah Bazar Ramadan yang telah dikunjunginya.

Melihat aneka hidangan yang dijual, dia telah memilih untuk membeli sekeping murtabak sebagai pembuka selera ketika berbuka puasa. Namun ketika dihidang, lelaki itu berasa terkejut melihat murtabak ‘hampeh’ itu. Murtabak 'Hampeh'

Bersaiz kecil, lelaki itu berasakan peniaga telah memberinya murtabak dengan saiz separuh. Malah cuka bawang yang diberi untuk mencicah murtabak juga hanya mempunyai hirisan bawang, tiada kuahnya. Hal itu membuatnya berasa geram kerana berasakan diri seperti ditipu. Murtabak 'Hampeh'

Tambahnya, lebih baik Bazar Ramadan tidak dibuka jika begini peniaga memilih untuk menjual pada pelanggan di bulan yang mulia ini.

https://www.tiktok.com/@ncemx/video/7083477309205908763?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@ncemx Serius la? Dh bagi buka bazar, tp jual mcm hampeh je. Kamon guys. #fyp #bazarramadan ♬ suara asli – rafaaldiansyah

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut kecewa dengan perkara yang telah menimpa lelaki itu. Mereka menasihatnya supaya terus bersabar dan redha dengan apa yang berlaku.

“Sabar Bang..” Murtabak 'Hampeh'

Hal seperti ini juga membuat ramai berasai ‘bosan’ dan hilang mood untuk ke Bazar Ramadan. Tak ingin ambil risiko dan kerugian, ada yang lebih rela kepenatan dan memasak lauk sendiri di rumah untuk berbuka puasa.

“Rela Masak Di Rumah..” Murtabak 'Hampeh'

Meskipun harga barang semakin meningkat, ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk peniaga kedekut dengan pelanggan dan meniaga seperti begini. Hal ini amat mengecewakan dan akan menjejaskan peniaga lain yang ikhlas dan jujur dalam mencari rezeki di bulan yang mulia ini.

Kredit: ncemx

Baca Juga: Sangat Jijik! Wanita Luah Rasa Geram Bila Terbeli Rangka Ayam Yang Tak Disiang Elok & Bersih Di Bazar Ramadan

tags: | |