Berpuasa merupakan satu kewajipan bagi orang Muslim untuk melaksanakan di bulan Ramadan. Perlu menahan lapar, dahaga dan perbuatan yang membatalkannya, mereka perlu bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan.
Ketika berpuasa, umat Islam sangatlah digalakkan untuk melakukan amal ibadah serta kebaikan. Namun tentunya berpuasa ada cabarannya juga. Selain perlu berlapar, haus dan menahan emosi, timbul juga pelbagai masalah kesihatan dan ketidakselesaan. Antaranya adalah masalah mulut atau nafas berbau yang boleh menjejaskan keyakinan seseorang.
Walaupun masalah itu dianggap kecil bagi segelintir, ada yang memandangnya secara serius dan memerlukan solusi. Jika anda tak tahan dengan mulut berbau semasa berpuasa, ikuti tips yang dikongsikan ini.
Sememangnya masalah mulut atau nafas berbau semasa berpuasa memberi kesan pada penampilan seseorang. Oleh kerana sering ditanya dan sedar ia menjadi satu isu yang besar buat segelintir, doktor Kamarul Ariffin berkongsi beberapa tips yang anda boleh cuba untuk mengatasinya. Jom baca dengan lebih lanjut perkongsiannya.
Ada enam tips penting yang perlu sentiasa diingati. Penerangan ada pada setiap gambar. Antaranya;
Sememangnya masalah mulut dan nafas berbau semasa berpuasa ini menjadi punca ketidakselesaan bagi ramai orang. Tips yang dikongsikan oleh doktor ini amat penting diamalkan bagi mengatasi masalah tersebut.
Jadi jangan terlalu risau dan amalkannya. Yang penting kesihatan, tabiat serta pemakanan anda perlu sentiasa dijaga untuk memastikan mengatasi masalah ini.
Kredit: Twitter Dr. Kamarul Arrifin Nor Sadan
Baca Juga: Doktor Gesa Orang Ramai Untuk Hentikan Trend Makanan Pedas, Jelas Tidak Bagus Untuk Kesihatan