Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rugi RM25 Untuk Beli Kambing Grill, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Sebab Ditipu Peniaga

Rugi RM25 Untuk Beli Kambing Grill, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Sebab Ditipu Peniaga

Kategori:
BELI KAMBING GRILL

Ramadan tahun ini nampaknya lebih meriah dari yang sebelumnya. Memandangkan negara sedang pulih dan sedang bergerak ke norma baharu, bazar ramadan dibenarkan beroperasi seperti biasa dan orang ramai berlumba-lumba untuk ke sana setelah sekian lama menantinya.

Namun begitu, ramai yang telah berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan bila ke sana. Sering ditipu oleh segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab, hal itu membuat ramai berasa bosan dan sudah lali untuk ke sana.

Walaupun banyak pendedahan telah dilakukan, masih ramai peniaga di luar sana yang bertindak tidak jujur dan ingin menipu pelanggan. Hal itu telah dikongsikan oleh seorang lelaki baru-baru ini.

Beli Kambing Grill RM25, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa

Mengunjungi sebuah bazar ramadan, seorang lelaki bagaimanapun memuat naik sebuah video menerusi laman TikTok untuk meluahkan rasa kecewanya dengan seorang peniaga di sana. Didakwa telah ditipu dan dianiaya, dia berasa bengang dengan kambing grill yang dibeli di sana. BELI KAMBING GRILL

Membeli hidangan tersebut dengan harga RM25, lelaki itu menyangka apa yang dibeli adalah sangat berbaloi dengan harganya yang mahal tapi akhirnya kecewa apabila hirisan daging yang ada cumalah cebisan tulang dan beberapa bahagian lemak. BELI KAMBING GRILL

Tambahnya, hal ini merupakan sesuatu yang sangat buruk dan tidak patut dilakukan. Kalau meniaga macam ini, bagaimana rezeki itu akan diberkati?

https://www.tiktok.com/@vxxz98/video/7084934133780106522?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@vxxz98 Bukan apa la..tp brniaga tu biarlah jujur n ikhlas😅😅#bazarramadan #bazarstadiumshahalam #ramadan ♬ original sound – Pipibolat

Menjengah di ruangan komen, hal sebegini juga membuat ramai berasa kecewa dengan sikap peniaga dan memilih untuk tidak mengunjungi mana-mana bazar ramadan. Ia supaya dapat mengelakkan diri mereka dari ditipu.

“Takut Kena Scam..” BELI KAMBING GRILL

Dari dibeli dengan harga yang mahal, ada juga yang mencadangkan untuk buat sendiri. Lebih jimat dan sedap, memang tak akan rugi walaupun hal itu memakan masa dan tenaga.

Buat Sendiri Lebih Baik BELI KAMBING GRILL

Hal sebegini amatlah mengecewakan bagi para pelanggan tapi ia turut memberi kesan pada golongan peniaga lain yang ikhlas dan jujur dalam mencari rezeki di bulan yang mulia ini. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat peniaga lain untuk bertindak lebih amanah dan meniaga sebaik mungkin.

Kredit: Pipibolat

Baca Juga: “Pandai Malu Jugak!”, Temui Geng Plastik Merah, Gelagat Mereka Buat Ramai Terhibur

 

 

tags: | |