Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Niat Nak Berbuka Puasa Di Kedai, Tapi Terkejut Bila Jumpa ‘Sesuatu’ Di Dalam Hidangan Siakap Yang Dipesan

Niat Nak Berbuka Puasa Di Kedai, Tapi Terkejut Bila Jumpa ‘Sesuatu’ Di Dalam Hidangan Siakap Yang Dipesan

Kategori:
hidangan siakap yang dipesan

Ramadan tahun ini tentunya lebih meriah dari dua tahun selepas. Selain bazar ramadan, restoran juga sudah dibenarkan beroperasi seperti dahulu. Orang ramai juga teruja untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga dan kawan-kawan.

Sibuk dengan tempahan pelanggan tanpa henti, hal itu membuat segelintir peniaga dan tukang masak leka ketika menyediakan makanan. Kesilapan kecil bagaimanapun boleh mengundang padah dan menyebabkan pelanggan berasa tidak berpuas hati. Hal sebegitu telah berlaku baru-baru dan telah dikongsikan oleh seorang wanita.

Jumpa ‘Sesuatu’ Di Dalam Hidangan Siakap Yang Dipesan

Ingin berbuka puasa di luar bersama keluarga, seorang wanita telah melakukan tempahan dan memesan beberapa hidangan serta nasi putih di restoran yang berhampiran. hidangan siakap yang dipesan

Bila ke sana untuk berbuka, sudah tentu dia berasa amat teruja melihat aneka lauk yang telah dipesan tapi belum sempat menjamu, wanita itu menyedari sesuatu yang pelik pada hidangan siakap yang dipesan. Menelitinya, dia telah menemui dua helai bulu mata. hidangan siakap yang dipesan hidangan siakap yang dipesan

Jelas hal ini amat mengecewakannya. Namun tidak mahu marah dan mungkin sedar ia merupakan kesalahan yang mungkin tidak disengajakan oleh pihak restoran, wanita itu tetap menghabiskan semua lauk yang telah dipesan.

@bibienaaishah

Gantung kuali harini bukak puasa kat luar sekali. #tanjatkite #bukapuasa #ramadhan #fypシ

♬ DJ TING TING TING – Rian.A

@bibienaaishah Gantung kuali harini bukak puasa kat luar sekali. #tanjatkite #bukapuasa #ramadhan #fypシ ♬ DJ TING TING TING – Rian.A

Sepatutnya sebelum menghantarkan pesanan pelanggan, pihak restoran perlu memastikan ia berada dalam keadaan bersih dan tiada jenis kotoran. Hal sebegitu boleh membuatkan mana-mana pelanggan berasa marah dan kecewa. Sekaligus ia juga akan memberi kesan yang negatif pada perniagaan mereka pada masa akan datang.

Namun kadang-kadang kesilapan kecil dan kelalaian tentu juga akan berlaku. Nasib baiklah pelanggan jenis memahami dan tidak terlalu membesarkan hal tersebut. Semoga ia menjadi pengajaran buat peniaga lain di luar sana untuk lebih berhati-hati lain kali.

Kredit: bibienaaishah

Baca Juga: Rugi RM25 Untuk Beli Kambing Grill, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Sebab Ditipu Peniaga

 

 

tags: | | |