Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Percik Terengganu Yang Tersedap, Menu Yang Simple Namun Sangat Popular. Jom Cuba Buat!

Resepi Ayam Percik Terengganu Yang Tersedap, Menu Yang Simple Namun Sangat Popular. Jom Cuba Buat!

Kategori: ,
resepi ayam percik terengganu

Ayam Percik merupakan antara menu yang sangat popular dan sering dihidangkan pada bulan puasa. Di setiap bazar Ramadan atau tepi jalan pasti ada yang menjual ayam ini. Ayam percik ini adalah ayam yang diperapkan ke dalam beberapa bahan untuk beberapa ketika dan kemudiannya akan dibakar.

Sewaktu dan selepas ayam dibakar ia akan dicurahkan dengan kuah percik yang telah dimasak. Kuah percik tersebut adalah kuah yang dimasak bersama santan dan beberapa bahan lain termasuklah santan. Namun dalam banyak-banyak hidangan ayam ini, Ayam Percik Terengganu adalah yang paling sedap.

Nak cuba Ayam Percik Terengganu ini? Kalau nak cuba buat sendiri di rumah jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Sangat mudah dan pastinya sangat enak dan sedap!

Cara Buat Ayam Percik Terengganu Yang Menyelerakan!

Bahan-bahan:

  • Ayam – Potong 4, kelarkan sedikit supaya mudah masak.

Bahan Kuah Percik: 

  • 5 ulas bawang merah *
  • 4 biji bawang putih *
  • 1 inci kunyit *
  • 1 inci halia *
  • 5 tangkai cili kering | dibuang biji dan direndam dengan air panas *
  • 3 batang serai | diketuk dan 2 batang lagi dimayang nipis untuk dikisar
  • Belacan sebesar ibu jari *
  • 1 sb tepung ubi *
  • Santan | 1 biji kelapa
  • 1 sk Halba
  • 1/2 keping gula melaka
  • Garam dan gula secukupnya
  • 3 keping asam keping
  • Air asam jawa

Bahan Perapan Ayam: 

  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sb serbuk cili
  • 1 sb serbuk kunyit
  • Garam
  • Sedikit perasa

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan perapkan selama 1 ke 2 jam bersama dengan bahan perapan tadi.
  2. Kemudian kisar bahan kuah percik yang bertanda *. Ketepikan.
  3. Masukkan santan ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
  4. Masukkan serai yang diketuk dan pastikan sentiasa kacau.
  5. Apabila mendidih masukkan bahan kisar tadi dan kacau sebati.
  6. Tunggu sehingga kuah percik menjadi sedikiit pekat dan masukkan garam, gula melaka, asam keping, air asam jawa dan perasa. Didihikan kuah tersebut dengan api yang paling kecil.
  7. Kemudian masukkan halba dan kacau sebati. Tutup api. 
  8. Bakar ayam setengah masak, nak lebih wangi boleh guna dapur arang.
  9. Kemudian sapukan kuah percik pada ayam tersebut. Boleh diulang sapu kuah 2 ke 3 kali. 
  10. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Ayam Percik Terengganu ini? Buat bukan pada bulan puasa pun laku keras tau. Sangat mudah dan pastinya sangat sedap. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Muliadi Ramli

tags: | |