Ramadan tahun ini menjadi peluang bagi ramai orang mencari rezeki sampingan dengan menjual pelbagai makanan dan minuman di bazar ramadan. Sering dikunjungi, peniaga dapat sedikit sebanyak menjana pendapatan.
Tapi kebelakangan ini, pelbagai aduan telah dikemukan oleh pelanggan bazar ramadan di media sosial. Ramai yang berasa tertipu dan menjadi mangsa kepada peniaga yang tidak jujur dan menjual makanan dan minuman yang tidak berkualiti.
Perkara itu semestinya undang rasa tidak berpuas hati di kalangan pelanggan. Nampaknya ia masih lagi menjadi hal yang berterusan apabila seorang lelaki turut berkongsi kejadian yang sama yang telah menimpa pada dirinya.
Berkongsi kekecewaannya menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok, seorang lelaki berasa terkedu apabila ada peniaga yang sanggup bertindak tidak jujur dan telah menjual padanya popia inti hangit.
Membeli di bazar ramadan yang berhampiran, popia itu dibeli untuk dijadikan santapan ketika berbuka puasa. Namun bila dicuba, dia berasa terkejut bila ia mempunyai rasa yang agak pahit.
Diperiksa, lelaki itu terkejut melihat intinya yang kehitaman dan sudah hangit. Hal ini membuatnya berasa kecewa dan berasa seperti ditipu. Tambahnya, dia turut memohon agar para peniaga tidak menipu pelanggan sehingga sanggup menjual sebegini.
@azmansare Putus seleraπ#peniagabazar #ramadan
β¬ suara asli – ππ’ππ’π€_π πππ«ππ ππ¬ – Didik fabregas
@azmansare Putus seleraπ#peniagabazar #ramadan β¬ suara asli – ππ’ππ’π€_π πππ«ππ ππ¬ – ππ’ππ’π€ π πππ«ππ ππ¬
Namun bila menjengah di ruangan komen, orang ramai berasakan dakwaan lelaki itu tidak benar. Malah, mereka menyangka bahawa hal itu tidak logik dan memberitahu inti yang dibeli merupakan inti rumpai laut yang sememangnya mempunyai warna yang lebih gelap.
Tak puas hati dengan komen orang ramai, lelaki itu kemudian memuat naik satu lagi video. Yakin bahawa dia tidak salah dan telah terbeli popia inti hangit dan bukannya inti rumpai laut seperti yang diberitahu orang ramai, dia kembali ke gerai peniaga itu dan bersemuka tentang hal itu.
Memberitahu perkara itu pada peniaga, peniaga tersebut memaklumkan bahawa mereka tidak menjual popia inti rumpai laut dan dia akur kesilapan dari pihak mereka.
Tambahnya, kuih-kuih yang dijual di gerainya bukannya disediakan oleh dirinya tapi pihak lain yang menumpang untuk menjual kuih-muih di situ. Oleh kerana kesilapan pihak lain, peniaga itu pula perlu menanggung rugi dan malu.
Sedar ia bukan kesalahan sepenuhnya dari pihak peniaga, lelaki itu memaafkan peniaga dan memohon pihak vendor lebih berhati-hati.
@azmansare Reply to @nameera287 kak..saya dah mkn dlu baru post..seaweed bukan rasa arangπ xpe..akak ni dah jawab..terima kasih kak..so..vendor hati2 lah ye nk letak kuih kat gerai org..
@azmansare Reply to @nameera287 β¬ Ku Ikhlaskan – Dato Seri Vida
Kesian juga peniaga yang perlu menanggung akibat gara-gara kesalahan pihak lain. Lain kali bila ingin menjual, janganlah fikirkan keuntungan semata-mata. Sampai popia inti hangit pun sanggup dijual.
Semoga perkara ini menjadi satu pengajaran untuk kita semua lebih berhati-hati, tak kira pelanggan ataupun peniaga.
Kredit: azmansare