Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kuih Badak Kelantan, Kuih Yang Paling Sedap & Susah Nak Jumpa Sekarang!

Cara Buat Kuih Badak Kelantan, Kuih Yang Paling Sedap & Susah Nak Jumpa Sekarang!

Kategori: ,
cara buat kuih badak kelantan

Kuih Badak Kelantan merupakan antara kuih yang sangat popular di negeri Kelantan. Kuih yang berbentuk seperti donut dan seakan kuih keria ini juga turut disaluti dengan gula. Namun gula tersebut adalah gula yang dicairkan terlebih dahulu. Sekali tengok sebiji macam donut namun rasanya sangat berbeza.

Kuih ini memang agak susah untuk didapatkan. Namun rasanya yang enak, berlemak dan sedap pastinya membuatkan anda yang pernah merasainya mengidam. Kalau mengidam, boleh sahaja cuba buat sendiri di rumah. Ikuti sahaja perkongsian resepi di bawah ini.

Resipi Kuih Badak Kelantan, Kuih Yang Berlemak Dan Sedap!

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kelapa muda | diparut
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • Sedikit air
  • Sedikit garam
  • 2 senduk kecil gula
  • Minyak

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan kelapa, tepung pulut, tepung gandum, garam dan sedikit air.
  2. Uli sampai mennjadi doh dan tidak melekat di tangan. 
  3. Bentukkan seperti donut. 
  4. Kemudian goreng sampai perang. 
  5. Apabila dah masak toskan dahulu. 

Air Gula (Sira): 

  1. Panaskan gula dengan sedikit air dan masukkan daun pandan.
  2. Kacau sampai air gula menjadi pekat. 
  3. Masukkan kuih badak yang telah digoreng di dalam air gula.
  4. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Kuih Badak Kelantan ini? Bagi sesiapa yang pernah merasainya pasti tahu sendiri kesedapannya macam mana. Buat anda yang belum mencubanya, wajib cuba. Memang puas hati tau kalau dah buat. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Nur Fanda

Baca juga: Kalau Balik Kampung Tak Sah Kalau Tak Buat Pengat Dan Sira Pisang Kan? Ini Resepi Mudahnya, Kat Bandar Pun Boleh Buat

 

tags: |