Masakan Cina dikenali dengan aneka hidangan sup, sayur-sayuran dan mi. Tapi kalau anda nak tahu, ia juga mempunyai pelbagai kuih-muih tradisional yang perlu dicuba.
Jika anda sukar mencari kedai yang menjual kuih-muih cina yang tradisional, anda boleh cuba menyediakannya sendiri di rumah dengan mencuba resepi Nan Gua Bing, salah satu kuih yang sangat popular dan boleh dicuba dengan pelbagai inti yang sedap. Caranya mudah, ikuti perkongsian resepinya oleh Shahmila Radha di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resepi Nan Gua Bing, Kuih Tradisi Cina. Boleh Guna Pelbagai Inti
Bahan-bahan
- Labu (direbus dan dilenyekkan anggaran dalam 2 hingga 3 senduk besar)
- 2 senduk tepung pulut
- 1 gula aising atau gula pasir
- Pewarna kuning
- Biji bijan
Cara penyediaan
- Dalam mangkuk, letakkan semua bahan kecuali biji bijan dan gaulkan sehingga rata. Jangan campurkan dengan air.
- Bentukkan sehingga doh menjadi sama seperti di gambar.
- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan bulatkan. Bentukkan seperti di gambar. Letakkan inti pilihan anda, boleh guna inti kacang merah yang sudah ready made untuk lebih mudah.
- Bulat inti itu dan pastikan inti tak terkeluar.
- Bila dah bulat menjadi bola, leperkan semula. Jangan risau, inti tak akan keluar. Bila ia dileper, kuih ini akan masak sekata dan inti di dalam mudah cair.
- Sudah siap roll dalam biji bijan depan belakang.
- Goreng kuih ini dengan api yang sederhana. Bila sudah keperangan, ia sedia untuk diangkat.
- Siap untuk dinikmati.
Rupanya mudah sahaja untuk menyediakan Nan Gua Bing. Nampak rumit tapi ringkas sahaja resepinya. Nanti boleh dicuba dengan pelbagai inti yang sedap.
Selamat mencuba!
Kredit: Shahmila Radha di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Resepi Puding Roti Tawar Yang Cantik, Mudah & Sedap. Sesuai Dibuat Sebagai Juadah Berbuka Dan Raya!