Aneka colek menjadi pilihan ramai untuk bermoreh. Selain sedap, ia juga murah dan mudah untuk disediakan. Selalunya orang ramai akan membelinya memandangkan ia dijual di serata tempat.
Kerana sedang popular sekarang, para peniaga juga boleh menjana pendapatan dengan menjual aneka colek. Tapi ada juga segelintir peniaga yang memandang hal ini secara lewa dan mementingkan untung semata-mata. Menjual makanan yang tidak bersih dan tidak sesuai dimakan, perkara itu buat pelanggan berasa sangat bengang.
Selepas berbuka dan menunaikan solat terawih, seorang wanita beria memesan sebungkus colek ayam untuk dimakan bersama keluarga di rumah. Oleh itu, dia telah keluar untuk mendapatkannya.
Terserempak sebuah gerai yang menjualnya, wanita itu terpikat untuk membeli di sana memandangkan kedai itu kelihatan bersih dan kemas. Telah membeli sebungkus colek ayam, dia beria membawanya pulang untuk dikongsikan dengan keluarga.
Namun ketika menghidangkannya, wanita itu terkedu dan kecewa apabila mendapati ayam yang telah dipotong kepada beberapa bahagian didapati merah dan masih lagi mentah.
Hal itu bukan sahaja mengecewakannya tapi juga keluarga yang sudah tentu teringin merasainya. Wanita itu juga hairan bagaimana peniaga itu masih lagi sangup memberinya ayam yang mentah sedangkan ketika memotongnya, perkara itu tentu akan disedari oleh peniaga.
Tambah wanita itu lagi, hal ini dijadikan pengajaran buat dirinya dan semua pelanggan lain untuk melakukan pemeriksaan dan lebih berhati-hati sebelum membeli.
https://www.tiktok.com/@someoneonearth000/video/7084248312248814874?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut kecewa dengan perkara yang menimpa wanita itu. Malah jika mereka berada di tempatnya, sudah tentu mereka tak akan sangup untuk makan ayam yang dibeli itu.
Perasaan kecewa itu tak boleh digambarkan bila terkena dengan peniaga seperti ini. Sanggup memberi ayam mentah pada pelanggan meskipun sudah menyedarinya, perkara ini seharusnya menjadi pengajaran buat kita semua tak kira pelanggan atau pun peniaga untuk lebih berhati-hati.
Kredit: someoneonearth000