Dengan adanya pembukaan Bazar Ramadan, suasana bulan puasa kembali ceria dan seperti dahulu. Ia memberi peluang pada para peniaga mencari rezeki dan pelanggan membeli juadah kesukaan untuk berbuka puasa.
Namun semenjak akhir-akhir ini, kita sering membaca pelbagai perkongsian yang kurang baik oleh ramai pengguna mengenai makanan dan minuman yang telah dibeli di bazar ramadan. Hal itu membuat ramai berasa kecewa tapi nampaknya ia masih lagi berulang. Kini, seorang wanita berkongsi pengalamannya apabila ‘terkena’ dengan sebuah gerai viral.
Terbaharu, seorang wanita memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi pengalamannya ketika membeli di sebuah gerai makan yang viral dengan menjual mi tonggek di sebuah Bazar Ramadan.
Ingin ke sana untuk merasai mi tersebut yang sentiasa tular di media sosial, wanita itu membeli sebungkus bersama seekor sotong besar yang panas dan baru sahaja dimasak. Malah saiz portion yang diberi adalah berbaloi dengan harga RM30.
Namun sebelum dimakan, wanita itu terkejut apabila menemui beberapa ekor ulat pada sotong tersebut. Menurutnya, dia boleh terima jika mi itu tidak sedap dimakan tapi soal kebersihan sebegini membuatnya berasa sangat kecewa dan tidak sesuai untuk dimakan.
Oleh kerana untuk mengelakkan pelanggan lain dari terkena perkara sebegini, wanita itu memohon pada pihak berkuasa untuk segera ambil tindakan yang sewajarnya atas hal ini. Tambahan pula, dia telah menwar-warkan hal itu di seluruh media sosial.
@ensharelmy
@hs13empire nak muntah weeiii …#ulat #fyp #tiktok #viral ♬ original sound – HsEmpire13
Memandangkan hal ini sudah dikemukan, ada sumber yang mengatakan bahawa gerai tersebut telah diarah untuk ditutup dan kompaun telah dikenakan. Namun, ramai yang luah rasa kecewa dengan tindakan wanita itu yang telah menyebabkan terputusnya punca rezeki seseorang.
Perkara ini jelas mengecewakan mana-mana pelanggan jadi amatlah memahami jika aduan telah dilakukan olehnya. Namun begitu, kadang-kadang kesilapan akan berlaku dan seharusnya satu perbincangan harus dilakukan dengan peniaga sebelum ianya diviral di media sosial.
Kredit: hs133empire
Baca Juga: Pelanggan Tak Bayar Lepas Makan Di Restoran, Akhirnya Pekerja Pula Kena Tanggung Akibat