Karipap merupakan kuih tradisional yang masih lagi terkenal sehingga kini. Ia boleh didapati dengan pelbagai inti dan orang ramai selalu sahaja berebut-rebut untuk membelinya.
Oleh kerana kuih itu sering mendapat banyak sambutan, ramai yang menjualnya dengan harga yang berpatutan. Menjual karipap ini juga boleh mendatangkan untung tapi perlulah sedap dan berbaloi dengan harga yang dibayar, kalau tidak hal itu boleh mengecewakan para pelanggan yang telah membelinya. (Gambar sekadar hiasan)
Pergi ke Bazar Ramadan berdekatan untuk membeli makanan untuk berbuka puasa, seorang wanita telah terserempak dengan sebuah gerai kecil yang menjual aneka kuih, antaranya karipap yang telah dibungkus dalam pek plastik.
Memilih kuih-kuih, dia bagaimanapun berasa terkejut apabila mendapati harga untuk empat biji karipap mencecah RM3. Berasa ia sangat mahal, dia juga keliru samada karipap yang dijual itu berbaloi atau tidak dengan harga sebegitu.
@ida_786♬ suara asli – semangat yuk
Bila melihat di ruangan komen, ada seorang individu yang berasakan harga yang dibayar untuk empat biji karipap itu berbaloi asalkan ia mempunyai rasa yang sedap. Namun begitu, wanita itu membalas bahawa rasa karipap itu berminyak, mungkin tidak sedap untuk dimakan.
Mungkin bagi segelintir individu, RM3 itu bukanlah jumlah yang besar tapi sebagai seorang pelanggan, sudah tentu kita akan berasa kecewa apabila makanan yang dibeli dengan duit sendiri didapati tidak sedap untuk dimakan.
Bagi pihak peniaga pula, ia sudah menjadi tanggungjawab mereka bagi memastikan makanan yang dijual dimasak dengan baik dan pelanggan berpuas hati. Bila pelanggan gembira, sudah tentu rezeki para peniaga akan sentiasa dimurahkan.
Kredit: ida_78
Baca Juga: “Aku Pernah Kena..”, Beli Roti Sosej, Pelanggan Luah Rasa Kecewa Sebab Kena Tipu Dengan Peniaga