Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Lengkuas, Serai, Daun Kunyit Tak Tahan Lama ? Ini Teknik Simpan Sayur Penting Untuk Hari Raya

Lengkuas, Serai, Daun Kunyit Tak Tahan Lama ? Ini Teknik Simpan Sayur Penting Untuk Hari Raya

Kategori: ,
teknik simpan sayur

Bila Hari Raya hampir menjelma, sayuran dan rempah segar seperti kunyit, daun kunyit, serai, lengkuas dan bunga kantan jadi sangat berharga sebagai ramuan penting di dapur.

Ada kalanya, sayur-sayuran dan rempah ini susah untuk didapati pada musim perayaan akibat permintaan yang tinggi.

Sesetengah para ibu lebih gemar untuk beli sayuran ini dalam kuantiti yang banyak namun tidak tahu cara terbaik untuk simpankannya sebagai stok.  Kalau nak tahu ada teknik simpan sayur berharga yang mudah sampai boleh bertahan sehingga 3 ke 6 bulan !

Jom kita pelajari teknik yang dikongsikan oleh Dr Hani Mynis di Facebook !

Teknik Simpan Sayur Penting Untuk Hari Raya

“Meh hani nak bagi teka teki petang-petang ni. Apa benda yang sekarang nampak bersepah kat supermarket tapi bila sehari dua hari lagi nak raya tetiba dia ”hilang”? Hahahah

Sekarang kita tengok dia tak de nilai kan? Beshe-beshe je orang cakap haha ha tunggu lah sehari dua nak raya sok. Ini lah benda paling bernilai dan berharga.” – Dr Hani Mynis

Menurut Dr Hani, dia sering gunakan tips ini untuk simpan rempah segar serta sayur penting untuk Hari Raya seperti berikut :

✅ daun kunyit

✅ serai

✅ lengkuas

✅ halia

✅ kunyit hidup

✅ bunga kantan

✅ daun pandan

✅ daun kesum

Syarat-Syarat Simpan Sayur

Untuk memastikan teknik ini berkesan, Dr Hani turut menggariskan beberapa syarat untuk simpan sayur-sayuran ini. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

  • Dr Hani biasanya akan guna plastik bersaiz 18 X 26. Mudah untuk disimpan dan susun di peti sejuk.
  • Semua sayur perlu dibasuh sehingga bersih terlebih dahulu.teknik simpan sayur
  • Untuk serai, biasanya Dr Hani akan potong separuh secara memanjang.teknik simpan sayur
  • Tengok macam mana nak guna sayur tu, potongkan siap-siap terus. Untuk daun kunyit, anda boleh hiriskan halus-halus.
  • Untuk daun sup, Dr Hani biasanya akan masukkan ke dalam bekas kecil asing-asing sekali penggunaan. Tambahkan air sedikit sehingga paras daun, biar dia jadi air batu daun sup.
  • Namun bagi daun ketumbar, Dr Hani tak suka gunakan cara yang sama seperti simpan daun sup kerana ia boleh buatkan kerangupannya daun ketumbar.
  • Dari segi ketahanan, Dr Hani menganggarkan sekitar 3 hingga 6 bulan berdasarkan pengalamannya.

Dalam perkongsiannya di Facebook, Dr Hani turut berkongsi gambar sayur-sayurannya yang masih segar selepas beberapa bulan.

teknik simpan sayur teknik simpan sayur teknik simpan sayur teknik simpan sayur

Bila anda nak guna, boleh kelarkan sedikit dari bekas atau plastik, selebihnya boleh terus simpan dalam peti beku (freezer) balik. Jangan berlengah, ya! Kalau lupa, nanti sayur boleh jadi lembik.

Bila nak guna, anda tak perlu basuh atau defrost lagi, terus campak saja dalam kuali.

Dr Hani dapat simpan serai dengan elok selama 3 bulan dan masih cantik rupanya.

teknik simpan sayur

Bunga kantan ini pula sudah disimpan sejak 4 bulan lepas.

teknik simpan sayur

Menurut Dr Hani, dia sudah praktikkan cara ini selama 2 tahun berturut-turut dan ternyata berkesan ! Pasti takkan timbul masalah kekurangan ramuan lagi selepas ini.

Anda juga boleh amalkan teknik simpan sayur ini supaya juadah sentiasa lengkap dengan rasa rempah segar dan ramuan.

Selain simpan sayur-sayuran, terdapat juga tips simpan daging dan ikan yang anda boleh praktikkan melalui perkongsian kami sebelum ini.

Selamat mencuba !

Sumber : Dr Hani Mynis

tags: