Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kereta BMW Parking Di Lokasi Bazar Ramadan, Nak Keluar Pun Tak Boleh

Kereta BMW Parking Di Lokasi Bazar Ramadan, Nak Keluar Pun Tak Boleh

Kategori:
KERETA BMW

Sempena Ramadan tahun ini, bazar Ramadan dibuka semula. Hal itu menjadikan bulan puasa lebih meriah berbanding sebelumnya tapi memandangkan pelbagai gerai dibuka, hal itu menyebabkan kesesakan jalan raya serta lokasi parking kereta digunakan bagi dijadikan lokasi bazar Ramadan.

Oleh itu, para pemandu dinasihatkan untuk berhati-hati dan memilih lokasi yang betul supaya dapat mengelakkan sebarang masalah. Jika meletakkan kenderaan di tapak bazar Ramadan, hal itu akan menyusahkan para pemandu bila ingin pulang.

Kereta BMW Parking Di Lokasi Bazar Ramadan, Nak Keluar Pun Tak Boleh

Terbaharu, sebuah bazar Ramadan kecoh dengan kemunculan sebuah kereta BMW di situ. Telah meletakkan kenderaan di lokasi bazar, kereta tersebut menghadapi masalah untuk keluar dari kawasan parking memandangkan pelbagai gerai telah dibuka untuk menjual. KERETA BMW

Walaupun jalannya agak sempit, kereta tersebut masih mencuba sebaik mungkin untuk keluar dari situ. Malah, ada juga seorang wanita yang cuba membantu dengan menganjakkan khemah peniaga bagi memberi laluan. KERETA BMW

Perkara itu agak mencabar buat pemandu tapi sedikit demi sedikit, ia mampu keluar dengan bantuan segelintir pihak yang turut memberi laluan padanya.

@newswav

BMW parked at wrong spot! now surrounded by bazaar food 😋 #fyp #bazaar #BMW #malaysia

♬ original sound – Newswav – Newswav

@newswav BMW parked at wrong spot! now surrounded by bazaar food 😋 #fyp #bazaar #BMW #malaysia ♬ original sound – Newswav

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai bersangka baik pada pemandu kereta BMW tersebut dan berpendapat bahawa hal itu bukannya salah pemandu jika dia telah meletakkan kereta di lokasi parking yang telah disediakan.

Malah, ada yang berpendapat bahawa pengguna perlu dimaklumkan terlebih dahulu jika tempat parking akan dijadikan tapak bazar atau pasar malam. Ia sudah menjadi tanggungjawab pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan notis.

Ramai Berpendapat Bahawa Ia Bukan Salah Pemandu KERETA BMW KERETA BMW

Seharusnya satu lokasi khas perlu disediakan untuk dijadikan lokasi bazar Ramadan. Tak perlu dibuka di tempat parking kerana hal itu akan menyusahkan pengguna yang lain untuk meletakkan dan mengeluarkan kenderaan dari tempat yang sesak.

Baca Juga: “Aku Pernah Kena..”, Beli Roti Sosej, Pelanggan Luah Rasa Kecewa Sebab Kena Tipu Dengan Peniaga

tags: |