Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Abang Polis Pesan Nasi Bungkus Tapi Buat Peniaga Tunggu Lama, Rupanya Ini Puncanya..

Abang Polis Pesan Nasi Bungkus Tapi Buat Peniaga Tunggu Lama, Rupanya Ini Puncanya..

Kategori:
PESAN NASI BUNGKUS

Kerjaya sebagai seorang anggota polis merupakan sesuatu yang amat mencabar. Sentiasa sibuk menguruskan keselamatan komuniti dan negara, setiap hari mereka sentiasa sibuk sehingga tidak sempat untuk makan dan minum.

Memandangkan ada banyak hal yang perlu diuruskan, mereka tidak sempat untuk memasak di rumah sehingga terpaksa membeli dengan peniaga di luar sana. Tak sempat untuk ke sana, mereka tinggalkan pesanan untuk diambil kemudian. Namun jika ada perkara yang tidak diduga berlaku, akhirnya peniaga pula yang terpaksa menunggu.

Abang Polis Pesan Nasi Bungkus Tapi Buat Peniaga Tunggu Lama, Rupanya Ini Sebabnya..

Membuka sebuah gerai kecil yang menjual nasi bungkus, seorang peniaga menerima pesanan menerusi dalam talian dari seorang anggota polis yang ingin memesan sebungkus nasi untuk dimakan kemudian.

Tidak menolak memandangkan ia merupakan rezeki, peniaga tersebut menyediakan pesanan tersebut. Setelah itu, dia meletaknya di tepi untuk diambil oleh pelanggannya. PESAN NASI BUNGKUS

Namun setelah dua puluh minit menanti, kelibat anggota polis itu masih lagi tidak kelihatan. Mula risau, peniaga itu pula diberitahu oleh pelanggan tersebut bahawa dia tidak sempat untuk mengambil makanan itu kerana terpaksa menjalankan tanggungjawabnya dan menahan seseorang kerana telah melanggar undang-undang. PESAN NASI BUNGKUS

PESAN NASI BUNGKUS

Memahami perkerjaan pelanggannya itu, peniaga tersebut dengan sabarnya menantinya. Tak lama kemudian, barulah si anggota polis itu muncul untuk mengambil pesanannya pada jam tujuh petang. Dah nak dekat dengan waktu berbuka puasa dah tu!

@kapucinohazelnut #fyp #fypppppp #afxnf #nasikerabuayambakar #sikamat #seremban #sripulai #negerisembilan ♬ suara asli – semangat yuk

Sememangnya tiada siapa suka membuat orang menunggu dengan lama tapi dalam situasi ini tidak dapat menyalahkan anggota polis itu kerana tugas dan tanggungjawabnya adalah lebih penting.

Nasib baiklah juga dia masih bertungkus lumus dan ke sana untuk mengambil nasi bungkus yang dipesan kalau tidak rugi sahaja peniaga itu menunggu dan menyediakan makanannya itu.

Kredit: kopihazelnut

Baca Juga: “Bukan Nak Hina Tapi..”, Geram Beli Kuih Keria Keras, Nak Gigit Pun Boleh Pecah Gigi

tags: | |