Ikan merupakan haiwan vertebrata akuatik yang mempunyai insang tetapi tidak mempunyai anggota badan seperti jari. Haiwan vertebrata ini mempunyai tulang pada bahagian dalaman badan. Ia juga merupakan salah satu makanan asas yang membekalkan protein kepada manusia.
Antara ikan yang biasa dibeli oleh orang ramai ialah ikan selayang, ikan kembung, ikan selar dan sebagainya. Setiap jenis ikan tersebut mempunyai bentuk fizikal yang berbeza untuk memudahkan kita mengenalinya. Tetapi ketiga-tiga ikan tersebut mempunyai tulang pada bahagian dalamannya.
Ramai antara kita yang terlepas pandang dengan tulang ikan ketika sedang menikmati hidangan sehingga menyebabkan ia tercekik di bahagian tekak. Tahukah anda ada beberapa teknik yang boleh dilakukan untuk membuang tulang ikan tersebut sebelum dimasak.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian dari Nana Mea Sofea mengenai teknik buang tulang ikan kembung.
Langkah 1
Potong bahagian yang menghubungkan kepala ikan dengan badan.
Langkah 2
Tarik keluar isi perut ikan. Kemudian basuh ikan dengan air paip seperti biasa.
Langkah 3
Tekan tulang belakang ikan. Hati-hati tau, nanti tercucuk tulang dekat tangan pula.
Langkah 4
Kepakkan ekor ikan.
Langkah 5
Gunting sedikit tulang ikan pada bahagian leher.
Langkah 6
Kemudian tarik sahaja tulang ikan tersebut. Done!
Tada, ni hasil ikan yang telah dibuang tulang.
Mudahkan nak buang tulang ikan ni. Yang mana nak buat kuih laksa lemak tu boleh follow step ni. Tak payah nak pilih tulang satu-satu selepas siap rebus ikan.
Itu sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai cara buang tulang ikan. Semoga perkongsian ini dapat membantu dalam memudahkan urusan anda semua semasa memasak.
Kredit: Nana Mea Soffea
Baca juga: Cara Membezakan Gula Melaka Asli Dan Palsu, Hal Ini Penting Bagi Menjadikan Masakan Anda Kekal Enak!