Minyak masak merupakan keperluan harian yang diperlukan oleh semua orang untuk memasak. Minyak masak dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti bunga matahari, kelapa sawit, jagung dan kacang tanah.
Minyak masak yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan ini tidak mengandungi kolestrol tetapi ia mengandungi vitamin seperti vitamin A dan D. Namun begitu, vitamin-vitamin ini akan rosak melalui proses pemanasan.
Jika anda membeli minyak masak di dalam botol, pasti anda akan membuang tab putih yang berada di dalam botol minyak masa tersebut. Betul tak? Bagi anda tab tersebut hanya digunakan untuk mengelakkan minyak tumpah sahaja.
Tahukah anda tab tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Meh sini nak share fungsi dan cara penggunaan tab putih yang berada di dalam botol minyak masak dengan betul!
Tarik tab putih yang berada di dalam botol minyak masak. Kemudian terbalikkan tab dan letakkan semula tab tersebut ke dalam botol.
Done! Itu sahaja caranya. Mudahkan. Tak sampai seminit dah siap. Selepas itu, korang boleh guna minyak masak dengan cara macam ni. Jimat! Lepas ni dah tak ada istilah “Tercurah minyak banyak”.
Perbandingan Sebelum Dan Selepas Penggunaan Tab Putih Di Dalam Botol Minyak Masak.
Itu sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai fungsi tab tarik atau tab putih di dalam botol minyak masak. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda supaya lebih berjimat dalam menggunakan minyak masak.
Kredit: Senzmalaysia (Tik Tok)
Baca juga: Kenali 5 Jenis Cuka & Fungsinya Yang Anda Perlu Tahu. Jangan Sangka Semuanya Untuk Memasak Saja Tau.