Semenjak akhir-akhir ini, orang ramai lebih gemar menonton drama Korea, terutamanya golongan muda. Disiarkan di pelbagai platform, terdapat pelbagai rancangan menarik yang boleh ditonton.
Oleh kerana jalan cerita yang menarik dan barisan pelakon-pelakon yang berbakat, kadang-kadang kita juga boleh leka ketika menonton pelbagai drama Korea yang ada. Sampai ada juga yang terlupa pada hal yang dilakukan gara-gara terlalu khusyuk menonton!
Terbaharu, seorang wanita memasang niat untuk menyediakan beberapa biji pau. Oleh itu, dia mengukusnya di dapur dengan menggunakan periuk pengukus yang telah diisi dengan air.
Sambil menunggu pau itu siap disediakan, wanita itu membuka televisyen untuk menonton drama Korea. Namun oleh kerana terlalu fokus menonton, hal itu membuatnya terlupa pada pau yang sedang dikukus di dapur.
Setelah sekian lama, baru dia menyedari bahawa hal itu dan mula bergegas ke dapur. Menjenguk pada pau yang dikukus, wanita itu terkejut apabila mendapatinya kelihatan kering dan kehitaman seperti sudah kehangusan. Hal itu kerana air yang ada dalam periuk pengukusnya sudah kekeringan. Walaupun hal itu merugikan, wanita itu hanya mampu tergelak dengan kelalaiannya.
Layan k drama sampai gelap kejadiannya
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut risau dengan perkara itu. Ada juga yang menasihatkannya untuk lebih berhati-hati supaya tidak berlaku hal yang tidak diingini.
Drama Korea ini memang seronok ditonton tapi janganlah sehingga kita leka sehingga lalai dan lupa dengan hal-hal yang dilakukan. Nasib baik tidak berlaku sebarang kemalangan. Semoga hal ini menjadi pengajaran buat kita semua.
Kredit: Afiqah Koh
Baca Juga: “Aku Sorang Je Perasan?”, Wanita Luah Rasa Kecewa Dengan Kek Secret Recipe. Rupanya Ini Sebabnya..