Kuih lidah kucing atau nama lain bagi kuih ini adalah dipanggil kuih pelangi. Resepi kuih ini adalah paling mudah, ringkas, sedap, dan popular terutama di musim perayaan. Kuih ini juga boleh dibuat mengikut pelbagai versi, sesuai dengan selera anda. Berikut adalah cara membuat kuih lidah kucing yang lembut dan renyah.
Bahan yang diperlukan :
- 300 gram tepung terigu pro rendah
- 250 gram margarin
- 125 gram butter
- 200 gram gula halus
- 6 butir putih telur
- 1 sachet susu bubuk (27 gram)
- 1/2 sdt vanilla
Cara-caranya adalah:
- Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk membuat kuih lidah kucing.
- Putih telur diaduk menggunakan mixer hingga mengembang dan berwarna putih. Kemudian, marjerin, butter, dan gula halus juga diaduk menggunakan mixer sehingga berkrim.
- Masukkan tepung terigu, susu bubuk dan panili. Campur biar sekata. Kemudian, masukkan adunan tepung tadi yang sudah diayak kedalam adunan marjerin yang sudah diaduk.
- Masukkan adunan putih telur kedalam kesemua campuran adunan tadi. Setelah itu, aduk kesemua bahan tadi sampai bercampur rata dan sebati. Masukkan adunan tadi kedalam plastik bag ataau piping bag. Potong hujung muncung piping bag tersebut.
- Paipkan atas loyang lidah kucing yang sudah disapukan dengan marjerin. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 25 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba, semoga bermanfaat.
Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :
Kredit Oleh : Mama Adeeva