Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Antara Yang Legend, Ini Cara Buat Resepi Biskut Sarang Semut Untuk Raya Nanti

Antara Yang Legend, Ini Cara Buat Resepi Biskut Sarang Semut Untuk Raya Nanti

Kategori: ,
BISKUT SARANG SEMUT

Raya dah nak tiba tak lama lagi, mesti semua orang dah sibuk untuk melakukan persiapan masing-masing, kan? Baju dah beli tapi biskut Raya belum ada lagi.

Lebih jimat kalau buat sendiri, ini resepi biskut sarang semut yang telah dikongsikan oleh Pn Habsah Ngah di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Teramat mudah! Jom baca secara lebih lanjut untuk tahu caranya.

Antara Yang Legend, Ini Cara Buat Resepi Biskut Sarang Semut Untuk Raya Nanti

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung custard
  • 2 sudu besar tepung susu
  • 250 gram atau secawan butter atau marjerin
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sebiji telur kuning

Cara penyediaan

  1. Ayakkan kesemua tepung terlebih dahulu dan ketepikan.
  2. Kemudian, letakkan butter, gula kastor, esen vanilla, pewarna kuning dan telur kuning. Kacau sehingga sebati, jangan terlalu lama.
  3. Masukkan tepung tadi dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Letak doh di dalam peti ais bawah selama satu jam.
  5. Keluarkan dan boleh parut doh tadi dan masukkan dalam cawan kertas.
  6. Sebagai pilihan, anda juga boleh taburkan chocolate rice di atas biskut.
  7. Bakar di dalam oven dengan suhu 160 darjah atas api bawah selama 20 hingga 25 minit.BISKUT SARANG SEMUT BISKUT SARANG SEMUT BISKUT SARANG SEMUT

Terlampau mudah resepi biskut sarang semut ini. Ia antara biskut raya yang wajib ada di Hari Raya nanti. Bila nak buat biskut Raya, cubalah menyediakannya.

Selamat mencuba!

Kredit: Pn Habsah Ngah di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Cara Buat Puding Karamel Yang Mudah Dan Menyelerakan, Confirm Menjadi!

tags: | |