Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tak Takut Rugi, Peniaga Nekad Jual Nasi Ambeng Dengan Harga RM6 Sahaja Walaupun Harga Barang Makin Naik

Tak Takut Rugi, Peniaga Nekad Jual Nasi Ambeng Dengan Harga RM6 Sahaja Walaupun Harga Barang Makin Naik

Kategori:
JUAL NASI AMBENG

Tidak dapat dinafikan bahawa kenaikan harga barangan dapur telah membebankan semua pihak. Antara yang terkesan adalah golongan pengusaha kedai makan yang perlu mengambil kira pelbagai kos.

Walaupun tidak mahu menghampakan pelanggan-pelanggan setia, ada yang terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual bagi memastikan perniagaan mereka dapat diteruskan.

Meskipun begitu, masih wujud segelintir peniaga yang tetap nekad untuk menjual dengan harga yang murah walaupun tidak mendapat untung yang begitu lumayan.

Tak Takut Rugi, Peniaga Nekad Jual Nasi Ambeng Dengan Harga RM6 Sahaja Walaupun Harga Barang Makin Naik

Jika dilihat di luar sana, harga sebungkus Nasi Ambeng boleh mencecah lebih dari RM15. Tapi seorang peniaga kecil ini hanya menjual dengan harga RM6 sahaja. JUAL NASI AMBENG

Peniaga itu yang dikenali sebagai Kak Ida, memiliki perniagaan Nasi Ambeng Sijangkang. Walaupun harganya yang lebih murah berbanding kedai lain, portion yang diberi tetap banyak dan memuaskan. Malah, ia boleh dikongsikan bersama tiga orang. JUAL NASI AMBENG

Ada juga pelanggan yang risau dan bertanya samada RM6 itu mendatangkan keuntungan atau tidak buatnya tapi peniaga itu tetap yakin dengan rezekinya.

@pujanggaberbicara

‘KAK, BERBALOI KE JUAL RM6 sebungkus?’.’InsyaAllah ada rezeki akak. Ada lebih”.Itulah jawapan Ikhlas Kak Ida. Owner Nasi Ambeng ni.#nasiambeng Sijangkang Kak Ida 3M.Mewah Meriah & Murah. Portion besar. Last time beli sebungkus terpaksa makan 3 org.Semoga Allah murahkan rezeki Kak Ida dan bisnes makin laju. #fyp #foryourpage

♬ original sound – Husin – Husin

@pujangga_berbicara ‘KAK, BERBALOI KE JUAL RM6 sebungkus?’.’InsyaAllah ada rezeki akak. Ada lebih”.Itulah jawapan Ikhlas Kak Ida. Owner Nasi Ambeng ni.#nasiambeng Sijangkang Kak Ida 3M.Mewah Meriah & Murah. Portion besar. Last time beli sebungkus terpaksa makan 3 org.Semoga Allah murahkan rezeki Kak Ida dan bisnes makin laju. #fyp #foryourpage ♬ original sound – Husin

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut kagum dan memuji pilihan peniaga itu yang tidak mementingkan untung. Ketika berniaga, dia juga mampu bersedekah.

“Meniaga Sambil Bersedekah..”JUAL NASI AMBENG

Tak semua orang mahu menghadapi kerugian ketika berniaga. Namun begitu, peniaga ini tetap nekad untuk menjual dengan harga yang jauh lebih murah supaya pelanggannya berpuas hati.

Oleh itu, jom kita semua doakan agar Kak Ida terus dimurahkan rezeki dan semoga perniagaannya tetap maju dan dikenali di masa akan datang.

Kredit: pujangga_berbicara

Baca Juga: “Tolonglah Kesian..”, Dianiaya Pelanggan Sampai Tak Sempat Berbuka Puasa Jadi Punca Rider Ini Menitis Air Mata

tags: | |