Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Raya Dah Nak Dekat! Jom Cuba Resipi Popia Nestum Simple Ini, Confirm Jadi Rebutan Tetamu

Raya Dah Nak Dekat! Jom Cuba Resipi Popia Nestum Simple Ini, Confirm Jadi Rebutan Tetamu

Kategori: ,
POPIA NESTUM SIMPLE

Tak lama lagi Syawal bakal tiba dan orang ramai pun sudah melakukan pelbagai persiapan untuk meraikannya. Berbeza dari tahun lepas, Raya kali ini mendapat kelonggaran dari kerajaan dan saudara mara berebut-rebut untuk pulang ke kampung.

Oleh itu, kuih dan biskut raya turut disediakan bagi meraikan tetamu. Selain diberi, ada beberapa resepi biskut raya yang ringkas yang boleh dibuat sendiri di rumah. Antaranya adalah resepi popia nestum simple ini yang telah dikongsikan oleh Norashikin Muhd Yunus di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) Official.

Jom Tahu Cara Buat Popia Nestum Simple Ini, Confirm Jadi Rebutan Tetamu

Bahan-bahan

  • 1 bungkus kulit popia
  • 2 sudu besar Nestum (dikisar)
  • 2 sudu besar Horlick (dikisar) – dapatkan di sini
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Minyak untuk memasak

Cara penyediaan

  1. Gulungkan kulit popia cara serong menggunakan lidi supaya kelihatan lebih cantik dan halus. Letakkan hujungnya dengan sedikit air. POPIA NESTUM SIMPLE
  2. Guntingkan popia menyerong. POPIA NESTUM SIMPLE POPIA NESTUM SIMPLE
  3. Letakkan sedikit minyak di dalam kuali dan panaskan. Gorengkan popia yang telah digunting tadi. POPIA NESTUM SIMPLE
  4. Hasil popia yang telah siap digoreng. POPIA NESTUM SIMPLE
  5. Taburkan gula, nestum dan horlick di atas popia yang siap digoreng. POPIA NESTUM SIMPLE POPIA NESTUM SIMPLE
  6. Kemudian disira. Pastikan semua bahan sekata mengenai keseluruhan kulit popia.POPIA NESTUM SIMPLE
  7. Siap disira, sedap dan mudah sahaja. Sedia untuk dinikmati. POPIA NESTUM SIMPLE

Semudah itu untuk buat sendiri popia nestum simple ini, kan? Jadi jom ke dapur untuk mencubanya. Pastikan anda sediakan banyak-banyak terus takut cepat habis. Maklum la terlampau sedap.

Selamat mencuba!

Kredit: Norashikin Muhd Yunus di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) Official

Baca Juga: Cara Buat Karipap Daun Sup Lain Dari Lain, Lebih Sedap & Rangup. Belum Cuba Belum Tahu! 

tags: | |