Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» Peniaga Rugi RM800 Gara-Gara Gerai Air Balang Miliknya Kena Rempuh Dengan Motosikal

Peniaga Rugi RM800 Gara-Gara Gerai Air Balang Miliknya Kena Rempuh Dengan Motosikal

Kategori:
PENIAGA RUGI RM800

Bulan puasa memberi peluang bagi ramai orang untuk menjual pelbagai jenis makanan dan minuman bagi meraih rezeki.

Jika dilihat, bukan sahaja di bazar Ramadhan, malah di tepi jalan juga pelbagai gerai kecil dibuka untuk menjual. Antara yang sering ditemui adalah gerai air balang yang menjual pelbagai minuman untuk berbuka puasa.

Tapi bila meniaga di tepi jalan, ia boleh mengundang bahaya dan tanpa diduga, pelbagai hal yang tidak diingini boleh berlaku.

Peniaga Rugi RM800 Gara-Gara Gerai Air Balang Miliknya Kena Rempuh Dengan Motosikal

Terbaharu, seorang peniaga memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi peristiwa malang yang telah menimpa dirinya dan perniagaan air balang miliknya. PENIAGA RUGI RM800

Dalam video itu, gerai kecilnya kelihatan huru-hara dengan beberapa orang berkumpul di sana. Bila dilihat, minuman yang telah disediakan untuk dijual telah tumpah dan ada juga balangnya telah pecah berderai kerana dipercayai dilanggar oleh sebuah motosikal. PENIAGA RUGI RM800

Hal itu membuatnya berasa sedih dan kecewa kerana terpaksa menghadapi kerugian sebanyak RM800. Walaupun begitu, peniaga tersebut tetap redha dengan apa yang terjadi.

@hasbaen HANYA ALLAH SAHAJA YG TAHU πŸ₯Ί #fyp #viral #ramdhan2022 ♬ bunyi asal – arinnakibb – π’€π’Šπ’†π’πŸ§Έ

Dilihat di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan apa yang berlaku pada lelaki itu dan mendoakan agar dia terus menghadapi cabaran tersebut di bulan Ramadan.

“Sabar Bang..”PENIAGA RUGI RM800

Niat nak mencari rezeki di bulan Ramadan tapi tak sangka pula hal sebegini boleh berlaku. Jelas sesiapa sahaja akan berasa patah hati apabila sudah susah payah membuka gerai untuk menjual tapi rugi dengan begitu sahaja.

Namun begitu, hal yang terjadi ini tentu ada hikmah yang tersembunyi. Jadi jadikannya satu pengajaran buat semua pihak, tak kisah peniaga atau pemandu untuk lebih berhati-hati.

Kredit: hasbaen

Baca Juga: β€œRasa Nak Give Up..”, Vendor Luah Rasa Kecewa Dengan Pihak Penganjur Yang Lepas Tangan

tags: | |