Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Banyak Lagi Tepung Tak Habis? Guna Untuk Buat Biskut Almond Kiss Ini

Banyak Lagi Tepung Tak Habis? Guna Untuk Buat Biskut Almond Kiss Ini

Kategori: ,
BISKUT ALMOND KISS

Biskut Raya memerlukan penggunaan tepung. Dah berapa resepi biskut raya yang telah dicuba, tentunya ada lebihannya lagi.

Dari disimpan, apa kita manfaatkannya dan digunakan dalam resepi biskut almond kiss yang telah dikongsikan oleh Chef Zubaidah Che Pah. Nampak ringkas, dijamin sedap.

Banyak Lagi Tepung Tak Habis? Guna Untuk Buat Biskut Almond Kiss Ini

Bahan-bahan

  • 125 gram butter
  • 70 gram gula aising
  • 30 gram tepung kastard
  • 40 gram tepung jagung
  • 50 gram serbuk badam – bakar sekejap
  • 1 biji kuning telur gred B
  • 170 gram tepung gandum

Bahan hiasan

  • Badam biji – dibakar sekejap
  • Coklat masakan putih
  • Kuning telur

Cara penyediaan

  1. Sebatikan butter, gula icing dan telur.
  2. Masukkan bahan lain dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap dengan acuan pilihan.
  4. Sapukan kuning telur dan letakkan badam sebiji di atas biskut.
  5. Bakar pada suhu 150 darjah selama 25 minit atau sampai kekuningan.
  6. Setelah biskut sejuk, hiaskan biskut dengan coklat putih yang dicairkan. Boleh juga taburkan manik warna warni. BISKUT ALMOND KISS BISKUT ALMOND KISS BISKUT ALMOND KISS BISKUT ALMOND KISS BISKUT ALMOND KISS

Kalau anda dah kehabisan idea biskut raya, boleh lah cuba resepi biskut almond kiss ini. Sangat jimat dan mudah sahaja untuk disediakan. Raya nanti buat tau!

Selamat mencuba!

Kredit: Chef Zubaidah Che Pah

Baca Juga: Petua Rebus Nasi Himpit Jimat Gas & Elektrik, Tak Payah Guna Pressure Cooker!

tags: | | |