Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Cancel Order 120 Batang Lemang & Rendang Buat Peniaga Ini Rugi Di Hari Raya

Pelanggan Cancel Order 120 Batang Lemang & Rendang Buat Peniaga Ini Rugi Di Hari Raya

Kategori:
batang lemang

Hari Raya yang jatuh pada 2 Mei 2022 sememangnya buat ramai terkejut dan ada juga yang huru-hara memandangkan persiapan belum lagi dilakukan bagi meraikannya.

Selain orang ramai yang perlu bergegas ke pasaraya untuk mendapatkan keperluan barang dapur, para peniaga juga kalut kerana tiba-tiba perlu menyediakan tempahan pelanggan yang terpaksa dibawa ke depan memandangkan Raya diawalkan.

Oleh kerana situasi yang sebegini, ada juga segelintir pelanggan yang tidak sanggup menunggu memandangkan mereka perlu balik ke kampung dengan segera. Akhirnya terpaksa membatalkan tempahan yang dilakukan dan hal itu menyebabkan peniaga pula rugi.

Pelanggan Cancel Order 120 Batang Lemang Dan Rendang Buat Peniaga Ini Rugi Di Hari Raya

Hal itu terjadi pada seorang peniaga yang sedia menerima tempahan lemang, rendang ayam dan daging untuk Hari Raya. Memandangkan Raya akan tiba, ramai pelanggan yang telah melakukan tempahan dengannya sebagai persiapan untuk meraikan Hari Raya pada 3 Mei 2022.

Namun begitu, setelah diumumkan bahawa Raya akan berlangsung pada 2 Mei, peniaga itu tergegas untuk menyiapkan pesanan pelanggan yang mencecah 120 batang lemang, 10kg ayam dan 9kg daging. batang lemang

Segala persiapan telah dilakukan, bagaimanapun peniaga itu dimaklumkan bahawa pelanggan itu telah memilih untuk membatalkan pesanannya. batang lemang

Hal itu membuat peniaga itu berasa sedih dan kecewa tapi apakan daya?

@takdakmuka

unexpected.. patut esok cod lemang.. tapi apakan daya.. redo #fypシ゚viral #101021

♬ Suasana Di Hari Raya (Lofi) – Mothershipsg

@takdakmuka unexpected.. patut esok cod lemang.. tapi apakan daya.. redo #fypシ゚viral #101021 ♬ Suasana Di Hari Raya (Lofi) – Mothership.Sg

Dilihat di ruangan komen, ramai juga yang meninggalkan kata-kata semangat. Malah ada juga yang mencadangkan pada peniaga itu untuk tetap menyediakan lemang itu supaya ia boleh juga dijual. Dengan cara itu, dapatlah mencari rezeki.

“Buat Je, Boleh Jual Nanti..” batang lemang

Raya ini tentunya merupakan hari yang begitu gembira. Tapi jelas pengumuman yang mengejut itu membuat ramai berasa kalut dan huru-hara melakukan persiapan.

Dalam hal ini tak boleh nak salahkan mana-mana pihak tapi tentunya peniaga akan berasa terbeban apabila pelanggan tiba-tiba sahaja membatalkan pesanan yang telah dilakukan.

Kredit: takdakmuka

Baca Juga: Kecoh Raya Mengejut, Sampai Ramai Berebut Ayam Di Pasaraya Sebab Cepat Habis

 

tags: | | | |