Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hotel Taraf 4 Bintang Tapi Menyediakan Buffet Ramadan Yang Teruk, Lelaki Ini Kecewa Sebab Dah Bayar Mahal

Hotel Taraf 4 Bintang Tapi Menyediakan Buffet Ramadan Yang Teruk, Lelaki Ini Kecewa Sebab Dah Bayar Mahal

Kategori:
buffet ramadan

Ketika Ramadan lepas, banyak hotel dan restoran menyediakan konsep buffet untuk berbuka puasa. Pelanggan boleh makan sepuasnya dengan harga yang telah dibayar.

Namun begitu, tak semua orang berpuas hati dengan hal itu. Ada juga yang kecewa dengan perkhidmatan dan makanan yang telah dihidangkan di restoran buffet kerana perkhidmatan dan makanan yang disediakan adalah tidak berbaloi dengan harganya yang mahal.

Hotel Taraf 4 Bintang Tapi Menyediakan Buffet Ramadan Yang Teruk, Lelaki Ini Kecewa Sebab Dah Bayar Mahal

Terbaharu, seorang lelaki memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk meluahkan rasa kecewa setelah mengunjungi sebuah hotel bertaraf empat bintang untuk berbuka puasa.

Sempena hari terakhir Ramadan, dia dan keluarga mencari tempat yang selesa untuk berbuka puasa bersama-sama. Menemui sebuah hotel yang menawarkan buffet dengan harga RM65 buat seorang, dia tidak kisah membayar harga yang mahal asal berpuas hati. buffet ramadan

Tapi lain pula bila ke sana. Walaupun pelbagai makanan yang boleh dipilih, lelaki itu hanya lalu menikmati sepinggan mi goreng dan ayam kurma. Namun kualitinya juga kurang memuaskan sedangkan kuah ayam kurma itu terlalu cair dan rasa mi itu lebih kurang dengan yang dijual di pasar malam. buffet ramadan buffet ramadan

Tambahan pula, tomyam yang disediakan hanya rasa ala kadar dan menggunakan sotong frozen. Hal itu membuatnya berasa kecewa dan dia turut berpendapat bahawa burger yang dijual dengan harga RM3 adalah lebih berbaloi.

@ezzuchang Hotel 4 Bintang Paling Teruk Di Ipoh? #fyp #foryoupage #foryourpage #nasiarabchefammar #chefammar #lambshank ♬ original sound – ezzuchang

Namun menjengah di ruangan komen, ramai yang menasihati lelaki itu untuk lebih bersyukur kerana harga RM65 itu kerana ia tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan harga yang lain.

“Bersyukur..”buffet ramadan

Meskipun harganya tidak begitu mahal berbanding yang lain, pelanggan juga layak meluahkan rasa kecewa jika makanan yang dibayar hanya ala kadar.

Membayar dengan harga yang mahal, tentunya kita ingin ia mempunyai rasa yang sedap. Barulah berpuas hati.

Kredit: ezzuchang

Baca Juga: Kecoh Raya Mengejut, Sampai Ramai Berebut Ayam Di Pasaraya Sebab Cepat Habis

tags: | |