Selesai sahaja beraya, sudah tentu kita sudah puas makan pelbagai ketupat, satay dan rendang, kan? Tengok pun dah rasa tak berselera, tapi tentunya kita tetap lapar dan ingin makan.
Kalau begitu, ayuh ke dapur dan cuba resepi dendeng belado istimewa ini yang telah dikongsikan oleh Puan Ilham ZK Ikhtiar Hamil di grup Masak Apa Hari Ni. Tentunya resepi ini lain dari yang lain. Tambahan pula menurutnya, resepi itu merupakan olahan dari resepi Chef Wan!
Ini Resepi Dendeng Belado Istimewa, Sedap Di Makan Bersama Nasi Putih Sahaja
Bahan-bahan
- 2kg daging (direbus dan dihiris nipis)
- Kicap lemak manis – dapatkan DI SINI
- 1 labu bawang putih
- 7 biji bawang besar
- 15 biji cili merah
- 15 biji cili hijau
- 15 biji cili api
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- 3 sudu besar cuka
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- 4 helai daun limau purut (diracik atau potong halus)
Cara penyediaan
- Gaulkan daging bersama kicap lemak manis dan perap selama tiga jam atau semalaman.
- Letakkan bawang putih, bawang besar, cili merah, cili hijau dan cili api di dalam blender dan kisar kering.
- Keluarkan daging dari peti ais dan goreng sehingga garing. Toskan dan ketepikan untuk kemudian.
- Kurangkan minyak, tumis bahan kisar tadi sehingga kering.
- Masukkan lada hitam, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Tambahkan cuka.
- Masukkan daging goreng dan daun limau purut. Gaul hingga rata dan siap untuk dihidang.
Nampaknya mudah sahaja untuk menyediakan dendeng belado istimewa di rumah, kan? Jika anda dah bosan dengan menu raya, boleh cuba resepi ini.
Selamat mencuba!
Kredit: Puan Ilham ZK Ikhtiar Hamil di grup Masak Apa Hari Ni
Baca Juga: Resepi Nasi Serai Yang Senang Dimasak Dan Sedap Dimakan, Satu Rumah Wangi Bau Serai!