Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Mana Moral?”, Restoran KFC Dibiarkan Bersepah, Lelaki Kecewa Dengan Sikap Pelanggan Lain

“Mana Moral?”, Restoran KFC Dibiarkan Bersepah, Lelaki Kecewa Dengan Sikap Pelanggan Lain

Kategori:
RESTORAN KFC

Hari Raya tahun ini memberi peluang pada ramai untuk bercuti untuk kembali ke kampung dan meluangkan waktu bersama keluarga setelah sekian lama tidak bertemu.

Tapi hal itu juga menyebabkan sesetengah tempat, terutamanya restoran, mengalami kekurangan pekerja dan operasi perniagaan mereka terganggu. Oleh itu, pihak restoran juga berharap pelanggan memahami hal itu dan tidak menambahkan beban mereka.

Restoran KFC Dibiarkan Bersepah, Lelaki Kecewa Dengan Sikap Pelanggan Lain

Terbaharu, seorang lelaki memuat naik sebuah video dan berkongsi keadaan sebuah restoran KFC yang berdekatan dengan rumahnya.

Memandangkan kebanyakan pekerja di sana masih lagi bercuti sempena Syawal, cawangan KFC itu kekurangan pekerja dan tidak mampu untuk mengemaskan meja-meja serta sisa yang telah ditinggalkan pelanggan yang telah makan di sana. RESTORAN KFC

Melihat keadaan yang bersepah itu, lelaki itu berasakan bahawa seharusnya pelanggan memainkan peranan dan membuang sisa-sisa makanan di tong sampah yang disediakan seperti yang sering dilakukan di negara luar. RESTORAN KFC

Namun begitu, pelanggan beredar dengan begitu sahaja dan berasakan hal itu sudah menjadi tanggungjawab pekerja. Tapi dalam keadaan kelam-kabut dan kekurangan pekerja, tak salah jika pelanggan mengambil inisiatif untuk membantu pun.

https://www.tiktok.com/@rd9767/video/7094636343963159834?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7014289098874471937

@rd9767 Visited KFC at mytown and the tables were all dirty. To those people who ate here, where are your moral and civic value? How difficult can it be to throw the wrappers and leftovers. @kfcmalaysia ♬ pluto projector – al

Menjengah di ruangan komen pula, ramai yang berpendapat bahawa pelanggan seharusnya membantu meringankan beban pekerja dengan membantu sedikit sebanyak.

“Kita Bantu Orang, Nanti Kita Dibantu..” RESTORAN KFC

Hal ini juga berpunca kerana ramai orang yang tidak mahu bekerja di industri F&B kerana beban yang berat dan waktu kerja yang tak menentu adalah tak memadai dengan gaji yang kecil.

Oleh itu, pihak bertanggungjawab perlu memainkan peranan bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Ramai Lari..” RESTORAN KFC

Walaupun sudah menjadi kewajipan pihak restoran untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik pada pelanggan, tapi tak salah juga jika pelanggan sama-sama bantu meringankan beban pekerja yang agak tersempit dengan tanggungjawab lain yang perlu diutamakan.

Tambahan pula, jadilah pelanggan yang bertanggungjawab dan jangan meninggalkan apa jenis sisa di meja makan selepas menggunakannya.

Kredit: rd9767

Baca Juga: Lelaki Kecewa Datang Dari Kelantan Untuk Makan Sukiya Tapi Kena ‘Halau’. Namun Ramai Puji Tindakan Pihak Restoran

tags: | | |