Antara biskut raya yang laku keras ialah cornflakes madu. Pendek kata, setiap kali buat memang confirm habis. Setiap kali raya, cornflakes merupakan salah satu kuih atau biskut raya yang orang memang tak akan lupakan.
Kalau pergi beraya rumah jiran mahupun sesiapa sahaja, pasti ada cornflakes. Jom pelbagaikan lagi menu raya dengan cornflakes. Korang boleh cuba buat cornflakes coklat, cornflakes salted egg atau honey butter cornflakes yang telah dikongsikan oleh sis Nina Diana ni. Confirm sedap sehingga menjilat jari.
Bahan-bahan Yang Diperlukan:
Cara Buat Honey Butter Cornflakes:
1.Pukul gula dan butter sehingga kembang. Kemudian masukkan telur, susu dan madu. Pukul lagi sehingga sebati.
2.Gaulkan adunan dengan cornflakes sehingga sebati.
3.Masukkan cornflakes ke dalam cup. Tabur sprinkle supaya nampak lebih cantik.
4.Bakar pada suhu 180 darjah celcius, 15 minit atau sehingga garing.
5.Done! Inilah hasilnya selepas siap dibakar. Mudahkan.
Sekian sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai resepi honey butter cornflakes ranggup yang sangat mudah dan ringkas. Selamat mencuba!
Kredit: Nina Diana
Baca juga: Resepi Puding Koktail Buah-Buahan Yang Sangat Mudah Dan Berkhasiat!