Ikan merupakan barangan mentah yang mudah didapati di mana-mana tempat. Terdapat pelbagai jenis yang dijual di pasar dan semuanya sesuai dimasak dalam pelbagai cara.
Meskipun harganya lebih murah jika ingin dibandingkan dengan daging ayam dan lembu, ia tetap menjadi rezeki buat semua. Jadi, janganlah kita ‘menganiayanya’ dan menjadikannya tempat untuk melepaskan geram.
Terbaharu, seorang lelaki ke sebuah pasaraya besar untuk membeli keperluan barang dapur memandangkan ia telah kehabisan.
Ketika siap memilih barangan untuk dibeli, dia beratur untuk melakukan pembayaran. Namun ketika menunggu gilirannya, dia mula menyedari kelakuan aneh seorang budak lelaki yang sedang beratur tidak jauh dari dirinya.
Bila diperhatikan, adik kecil itu kelihatan sedang geram dan akhirnya gaduh dengan ikan dalam plastik. Sampai satu tahap, dia juga bertindak kasar dan menumbuk ikan-ikan yang ingin dibayar itu.
Tak cukup dengan itu, dia juga menghentak-hentaknya pada besi troli. Nampak agak marah juga adik itu, kan? Sibuk membuli ikan-ikan tersebut, dia juga tidak menyedari bahawa dirinya sedang dirakam.
https://www.tiktok.com/@shahrafiq_/video/7094482988515249435?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7014289098874471937
@shahrafiq_ kalaulah kita dduk tmpt ikan tu😞. #sadvibes🥀 #fyp #xyzbca ♬ original sound – teh0Kerbau
Menjengah di ruangan komen orang ramai turut terhibur melihat gelagat adik itu. Mereka turut kasihan melihat ikan-ikan yang teruk ‘didera’ olehnya.
Walaupun sedang marah, janganlah sampai gaduh dengan ikan pula. Tak pasal-pasal ikan kena rasa penumbuk pula. Nak melepaskan perasaan bukan dengan cara ini ya dik.
Tapi orang ramai tak perlu risau ya. Tiada haiwan dicederakan pun. Ikan itu pun jelas sudah mati dan tak merasai apa-apa kesakitan.
Kredit: shahrafiq_
Baca Juga: “Salah Lagi Ke Aku?”, Tolong Belikan Sup Bunjut Untuk Isteri Pun Kena Marah, Lelaki Ini Hairan