Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Telur Masin Homemade, Mudah Sahaja! Jimat, Tak Perlu Beli Dah Di Kedai

Cara Buat Telur Masin Homemade, Mudah Sahaja! Jimat, Tak Perlu Beli Dah Di Kedai

Kategori: ,
TELUR MASIN HOMEMADE

Telur masin sememangnya sedap dimakan bersama nasi putih dan aneka lauk. Selalunya ia dihidang bersama sepinggan nasi kerabu. Rasanya yang masin menjadi pelengkap hidangan.

Selalunya anda boleh membelinya di mana-mana kedai runcit atau pasaraya tapi untuk lebih jimat, anda juga boleh cuba menyediakan sendiri di rumah dengan cara ringkas ini yang telah dikongsikan oleh Bunga Zunika di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Telur Masin Homemade, Mudah Sahaja! Jimat, Tak Perlu Beli Dah Di Kedai

Bahan-bahan

  • 30 biji telur itik atau ayam (terpulang nak guna yang mana satu)
  • 350 gram garam kasar – dapatkan DI SINI 
  • 1/2 liter air
  • Balang (yang telah dibasuh dan dikeringkan sebaiknya) TELUR MASIN HOMEMADE

Cara penyediaan

  1. Cuci segala kotoran pada telur dan pastikan ia betul-betul bersih. Keringkan sepenuhnya, pastikan telur tidak lembap.
  2. Masak garam kasar dengan air. Bila sudah larut, ketepikan dan pastikan air yang dimasak tadi betul-betul sejuk.
  3. Bila dah sejuk, susuh telur dalam balang dan curahkan air garam.
  4. Jeruk selama dua minggu. Setelah itu, teluir masin homemade sedia untuk dinikmati.

Nota: Pastikan anda merendam telur melepasi paras air supaya ia elok dijeruk.TELUR MASIN HOMEMADE  TELUR MASIN HOMEMADETELUR MASIN HOMEMADE

Sangat mudah sahaja rupanya untuk buat sendiri telur masin homemade di rumah dengan bahan-bahan yang sangat mudah didapati. Dari dibeli, lebih mudah dan jimat jika sedia sendiri. Kalau hantu telur masin tu wajib buat banyak-banyak supaya lebih puas!

Selamat mencuba.

Kredit: Bunga Zunika di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca Juga: Resepi Honey Butter Cornflakes Yang Lebih Ranggup Dan Mudah. Sekali Buat Je Terus Habis.

tags: | |