Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Terkilan Kena Scam Dengan Peniaga Kuih Kapit Inti Coklat. Baru Saja Nak Makan Tapi..

Wanita Terkilan Kena Scam Dengan Peniaga Kuih Kapit Inti Coklat. Baru Saja Nak Makan Tapi..

Kategori:
KUIH KAPIT INTI COKLAT

Kuih kapit merupakan kuih tradisional Melayu dan Peranakan. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti kuih semprong, kuih sepit, apit-apit, kuih gulong, kuih Belanda, dan rokok Arab. Mempunyai tekstur yang agak rangup dan rasa yang sedikit manis, ia menjadi kegemaran ramai.

Memandangkan kuih kapit ini sangat terkenal, ramai orang merebut peluang untuk mencipta variasi tersendiri dan menjualnya. Antara yang terkenal adalah kuih kapit inti coklat yang dijual di merata tempat.

Namun begitu, ada segelintir peniaga yang akan mengambil kesempatan dan menipu pelanggan bagi mengaut untung yang lebih. Oleh itu, pelanggan perlulah berhati-hati kerana ada juga yang pernah tertipu dengan kuih kapit yang dibeli.

Wanita Terkilan Kena Scam Dengan Peniaga Kuih Kapit Inti Coklat. Baru Saja Nak Makan Tapi..

Hal begitu telah berlaku pada seorang wanita yang baru sahaja ingin menikmati kuih kapit inti coklat yang dibeli. Membeli sebalang, dia mengambil kepingan terakhir untuk dimakan.

Namun tinggal hanya sekeping, dia mula menyedari sesuatu yang aneh mengenai kuih tersebut. Bila diperiksa dan membuka lapisan atas kuih itu, dia terkilan bila mendapati inti coklat yang diletakkan hanya sedikit dan tidak penuh seperti yang disangkakan. KUIH KAPIT INTI COKLAT

Tertipu dengan rupa kuih itu yang nampak sedap dan menyelerakan, tak sangka pula peniaga kedekut sehingga memberi inti yang begitu sedikit. Walaupun sedikit kecewa kerana telah kena scam dengan peniaga, wanita itu tetap menghabiskan kuih tersebut mungkin kerana tidak ingin membazir. KUIH KAPIT INTI COKLAT KUIH KAPIT INTI COKLAT

@ferzenaa♬ Apeni Aina Abdul – Aina Abdul Devotee

Namun bila menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai berasakan tindakan peniaga meletakkan inti coklat yang sedikit sahaja pada kuih kapit itu merupakan sesuatu yang wajar bagi mengelakkan rasa manis yang menyengit.

“Betul Juga Tu..” KUIH KAPIT INTI COKLAT

Tentunya pelanggan akan berasa kecewa apabila terkena sebegini dengan peniaga. Kuih kapit sekarang pun bukannya murah, sudah tentu harganya lebih mahal dari dahulu.

Kredit: ferzenaa

Baca Juga: “Risau Dia Balas Dendam Je..”, Gara-Gara Tumbler Starbucks Dibuang Nenek, Lelaki Ini Sampai Sanggup..

 

 

tags: | | |