Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kuih Apam Susu Guna Acuan Puteri Ayu, Warna Warni & Cantik Sangat! Hidangkan Untuk Tetamu

Cara Buat Kuih Apam Susu Guna Acuan Puteri Ayu, Warna Warni & Cantik Sangat! Hidangkan Untuk Tetamu

Kategori: ,
KUIH APAM SUSU GUNA ACUAN PUTERI AYU

Kuih Apam Susu merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang sudah lama menjadi kegemaran ramai. Selain enak, ia juga amat mudah untuk disediakan di rumah. Jadi pada Hari Raya, ia boleh dihidangkan untuk tetamu tanpa memakan masa yang terlalu lama.

Terdapat pelbagai cara untuk menyediakannya tapi di sini kami kongsikan cara anda boleh buat kuih apam susu guna acuan Puteri Ayu. Mudah dan cantik sangat!

Resepi Kuih Apam Susu Guna Acuan Puteri Ayu, Warna Warni & Cantik Sangat! Hidangkan Untuk Tetamu

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 3 biji telur
  • Sedikit ovelett -dapatkan DI SINI
  • Sedikit esen vanilla

Cara penyediaan

  1. Sediakan semua bahan mengikut sukatan yang telah ditetapkan dan putar menggunakan mixer sehingga kembang.
  2. Bahagikan kepada tiga warna. Kalau nak guna dua warna pun boleh. KUIH APAM SUSU GUNA ACUAN PUTERI AYU
  3. Sapukan sedikit minyak pada acuan.
  4. Masukkan seperti dalam gambar dan kukus selama 10 hingga 15 minit sahaja. KUIH APAM SUSU GUNA ACUAN PUTERI AYU
  5. Siap untuk dinikmati. KUIH APAM SUSU GUNA ACUAN PUTERI AYU

Mudah sahaja nak buat sendiri kuih apam susu guna acuan puteri ayu, kan? Nampak ayu gitew! Warna-warni dan enak dimakan, sememangnya kuih itu menjadi pilihan tetamu nanti.

Jadi kalau anda tercari-cari resepi kuih-muih yang simple untuk rumah terbuka yang diadakan sempena Hari Raya, janganlah lupa untuk mencuba resepi ini.

Selamat mencuba.

Kredit: Shiyah Seeyra

Baca Juga: Cuba Resepi Meringue Cookies Pula. Rasa Sebijik Macam Gula-Gula Kapas & Cair Di Mulut

tags: