Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Minum Kopi 4 Kali Sehari, Ini Salah Satu Punca Gadis Dimasukkan Ke Hospital

Minum Kopi 4 Kali Sehari, Ini Salah Satu Punca Gadis Dimasukkan Ke Hospital

Kategori:
minum kopi

Minum kopi sudah menjadi sebahagian rutin dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bahkan, ia adalah minuman yang wajib diminum oleh sesetengah orang untuk berhari-hari dalam melakukan kerja.

Ini kerana, kafein dalam kopi dapat membantu meningkatkan daya tahan daripada mengantuk dan lesu. Tetapi, harus diingatkan, pengambilan kopi secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan jika kita tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Minum Kopi 4 Kali Sehari, Ini Salah Satu Punca Gadis Dimasukkan Ke Hospital

Terbaharu, menurut satu hantaran Twitter oleh seorang gadis @whiskeyonic3, dia dimasukkan ke hospital kerana minum kopi sebanyak 4 kali setiap hari kerana melakukan kerja harian yang memenatkan.

Tambahan lagi, dia hanya tidur selama 4 jam sehari serta melakukan kerja yang memerlukan dia untuk naik turun tangga. Akibatnya, gadis itu telah diserang sakit jantung secara mendadak dan terus menerus.

Melihat kepada komen netizen, ada yang berkongsi cerita yang hampir sama tentang kesan pengambilan kopi secara berlebihan.

Ayah kepada pemilik akaun @shmeaw mengatakan, sewaktu zaman muda ayahnya, ayahnya minum kopi sebanyak 5 kali sehari ditambah dengan minuman manis tanpa tambahan air putih yang cukup.

Akibatnya, ayahnya mengalami kegagalan ginjal dan harus melakukan rawatan untuk mencuci darah di hospital.

Ayah minum kopi 5 gelas sehari dan jarang minum air putih, penyebab gagal ginjal

minum kopi

 

Dalam perkembangan yang sama, beberapa netizen memberi pendapat yang bertentangan tentang pengambilan kopi setiap hari dapat mengundang kepada keburukan kepada tubuh badan.

Sebaliknya, ada netizen yang bersependapat, jika kita mengambil minuman kopi asli yang tidak dicampur gula, susu atau bahan tambahan lain, justeru ia adalah bagus untuk kesihatan.

Menurut @Trash4OE misalnya, kopi yang asli ataupun lebih dikenali sebagai kopi hitam dapat memberi dampak yang baik untuk kesihatan jantung dan pembuluh darah.

Kopi setiap hari boleh, tapi jangan campur gula atau susu

minum kopi

Sebab itulah, dalam menikmati dan menjalani masa muda yang memerlukan banyak tugasan serta tenaga, kita mestilah seimbangkan pengambilan kopi ketika waktu rehat dan kerja.

Ini kerana, kesan yang berpanjangan akibat kopi yang berlebihan tanpa mengikut arahan selalu diketahui lambat oleh umum dan penggemar kopi.

Harus ingat! Kita hanya ada satu sistem badan dan cubalah hargai serta jaga sebelum ia terlambat.

Sumber: @whiskeyonic3 

Baca juga: “Apa Nak Jadi Bapa Ko Ni?” Anak Teringin McD, Tapi Lain Pula Yang Dibuat Oleh Lelaki Ini.

 

tags: | |