Seekor lembu boleh disembelih pada beberapa bahagian. Setiap anggota boleh dimasak dan dijadikan pelbagai hidangan yang enak. Bukan sahaja daging, malah organ lembu juga boleh dimakan.
Ada juga yang percaya organ lembu tertentu mempunyai khasiatnyaย jadi ia boleh diamalkan demi kesihatan tubuh badan. Tapi bagi mereka yang tidak biasa, sudah tentu akan berasa geli melihatnya.
Berani Dan Tak Geli, Lelaki Ini Kongsi Cara Makan Mata Lembu Mentah Di TikTok
Terbaharu, seorang lelaki hisyamuddin_99, memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi aksi hebat salah seorang kawannya memakan mata lembu mentah.
Seekor yang baru sahaja disembelih olehnya dan kawan-kawan telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Jadi mungkin sekadar ingin berkongsi pada orang ramai, dia telah memaparkan cara salah seorang kawannya memakan mata lembu mentah dengan melakukan memicit mata lembu itu.
Kemudian, seorang lelaki telah melakukan belahan kecil pada permukaan mata dengan menggunakan parang sehingga ia mengeluarkan cecair. Cepat-cepat lelaki itu terus sahaja menelan cecair yang keluar serta sedikit isi yang ada.
Akhir sekali yang tinggal pada mata lembu itu hanyalah lendir yang kelihatan sama seperti jeli.
@hisyamuddin_99 #ditaja โฌ bunyi asal – Mohd – ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ธ.๐ฎ๐ต๐ต
Mungkin bagi mereka yang tak pernah memakan mata lembu akan berasa geli dan loya melihat perkara tersebut tapi ada juga yang berkongsi bahawa mata lembu merupakan sesuatu yang boleh diamalkan untuk manfaat kesihatan.
Selain untuk merawat sakit buah pinggang, ada juga yang berkongsi bahawa ia juga sangat bagus untuk kesihatan mata.
Rupanya Mata Lembu Banyak Manfaat Juga?!
Namun ada juga yang berasa tidak selesa melihat perkongsian lelaki itu memakan mata lembu secara mentah.
“Geli Pula..”
Mata lembu seringkali diamalkan oleh orang dahulu untuk mendapatkan manfaat kesihatan. Bagi generasi yang baharu, ia merupakan benda asing dan tak ramai anak muda sekarang tahu bahawa ianya sebenarnya boleh dimakan.
Jadi tak hairanlah mengapa mereka berasa kurang selesa melihat perkara tersebut.
Kredit: hisyamuddin_99
Baca Juga: โApa Nak Jadi Bapa Ko Ni?โ Anak Teringin McD, Tapi Lain Pula Yang Dibuat Oleh Lelaki Ini.