Nasi goreng sudah menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia dan boleh dinikmati tak mengira waktu. Jika dilihat, terdapat variasi nasi goreng yang ada, antaranya adalah nasi goreng pataya, nasi goreng cili padi, nasi goreng ikan bilis dan sebagainya.
Antara jenis nasi goreng yang sangat dikenali ramai adalah nasi goreng sotong yang menggunakan lauk sotong segar. Bagi penggemar makanan laut dan lauk sotong, ia sering menjadi pilihan.
Namun akhir-akhir ini, harga sotong segar semakin meningkat dan memaksa peniaga untuk mengawal kuantiti yang digunakan. Ada yang menukar kepada sotong ring frozen, ada juga yang memilih untuk menggunakan sotong mini. Hal itu boleh membuat ramai pelanggan berasa tidak berpuas hati.
Seorang lelaki telah ke sebuah kedai makan berhampiran untuk menikmati sepinggan nasi goreng sotong yang dijual di sana. Telah memesannya, lelaki itu dengan sabarnya menunggu ianya siap dimasak oleh tukang masak di dapur.
Setelah hidangan itu siap dimasak, ia terus dihantar kepadanya. Teruja untuk menikmatinya, lelaki itu terus mencapai pada garfu dan sudu yang disediakan sebelum memakannya.
Tapi sebelum memakan, dia tersedar ada sesuatu yang pelik pada nasi goreng sotong itu. Tercari-cari, lelaki itu berasa terkejut apabila melihat sotong yang digunakan dalam hidangan tersebut.
Bukan sotong frozen tapi sotong mini pula yang digunakan. Jika dilihat, saiznya juga lebih kecil berbanding ikan bilis. Walaupun mungkin terdetik juga rasa kecewa, dia turut terhibur dengan hal itu.
@050591nick #sudu besar ke sotong yang kecik😂#for My Pages #for your Pages. #viraltiktok
@050591nick #sudu besar ke sotong yang kecik😂#for My Pages #for your Pages. #viraltiktok ♬ Bukan Kaleng Kaleng – Yolanda Jarly
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut berasa terhibur melihat hal itu. Pelbagai komen lucu yang telah ditinggalkan mereka.
Terkejut juga bila saiz sotong dalam nasi goreng terlalu kecil begini. Nak makan pun sudah tentu tidak akan puas hati. Harap harga hidangan itu pun tidaklah terlalu mahal kerana sudah tentu akan kecewa dan kerugian apabila mendapat hidangan sebegini.
Kredit: 050591nick
Baca Juga: Kongsi Cara Makan Mata Lembu Mentah Di TikTok, Ramai Rasa Geli Melihat Aksi Lelaki Ini