Berkerja untuk shift malam bukanlah hal yang mudah, terutamanya buat pekerja industri Food and Beverage (F&B). Setelah beberapa jam berkerja, waktu restoran ditutup adalah yang sering dinantikan.
Sebelum menutup perniagaan setelah seharian beroperasi, mereka perlu memastikan restoran berada dalam keadaan bersih dan selamat. Selain itu, pelanggan juga perlu siap sedia meninggalkan tempat tersebut bagi memudahkan pekerja melakukan kerja-kerja penutupan.
Namun, ada juga segelintir pelanggan yang berkeras tidak mahu meninggalkan tempat atau tidak menyedari mengenai waktu penutupan dan mengambil masa yang lama. Akhirnya pekerja pula yang perlu menunggu mereka.
Terbaharu, seorang pekerja Secret Recipe memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi rasa penatnya apabila restoran itu masih lagi penuh dengan pelanggan walaupun jam sudah terdetik lebih dari sepuluh malam, waktu restoran ditutup.
Meskipun pintu grill sudah ditarik diluar, menandakan bahawa restoran sudah ditutup pada hari tersebut, masih ada segelintir pelanggan yang berada di sana dan seronok berbual.
Hal itu membuatnya berasa penat kerana pekerja-pekerja di sana tidak dapat melakukan tugas kebersihan dan pemeriksaan seperti yang seharusnya selagi pelanggan masih ada.
@rabbani.abdullah98 Tolongg secret recipe dah tutup ..kol bpe kitorng nk balik nii.. Ya allahhh..dri pagi no rest..#fnb #viral #RancakRaya #secretrecipe #raya #viral #fypp #fypgakk
@rabbani.abdullah98 Tolongg secret recipe dah tutup ..kol bpe kitorng nk balik nii.. Ya allahhh..dri pagi no rest..#fnb #viral #RancakRaya #secretrecipe #raya #viral #fypp #fypgakk ♬ original sound – Shawlpublika
Menjengah di ruangan komen pula, ramai yang bersimpati dengan situasi pekerja itu. Ada juga yang mencadangkan untuk mencuba ‘teknik’ lain bagi memaklumkan kepada pelanggan berkenaan penutupan restoran.
Sebagai seorang pelanggan, janganlah kita mengambil waktu terlalu lama, terutamanya ketika waktu restoran hendak ditutup. Hal ini bagi memudahkan urusan pekerja yang masih perlu melakukan banyak tugas sebelum dibenarkan pulang.
Jika kita bantu memudahkan urusan orang lain, sudah tentu urusan kita turut akan dipermudahkan. Kesian pada pekerja yang telah penat seharian bekerja dan perlu menunggu anda.
Kredit: Rabbani abdullah
Baca Juga: “Buruk Sangat Ke Aku Ni?”, Wanita Luah Rasa Kecewa Bila Ditinggalkan Lelaki Di KFC